Terima Kasih T.E.A.M



T E R I M A K A S I H
Posting ni khas,
saya nak berterima kasih pada semua yang menjayakan #BigGatheringDiMar 1.0 pada 10 Disember 2016. 

Terima kasih Nurul Nadzira Norrizwan II,emcee harini! Tahniah! Terima cabaran dari kak mar untuk jadi emcee harini. Walaupun nervous tapi awesome!
Terima kasih Noraniza Azalan ShahNur SyazwaniShazwani Mokhtar IINur Haziqah, Fizi bertungkus lumus melancarkan gathering harini.Terima kasih jugak sanggup korbankan hari cuti .

Terima kasih Leader Nor Jamilah Ahmad Hanapi , bakal leader Rahimah Ahmad Akhirudin & Myra Aniza terima cabaran mar dan sudi kongsi di hadapan harini.

Terima kasih Speaker jemputan Tuan Mohd Zaki Salleh & Tuan Mohd Syarifuddin sudi luangkan masa berkongsi dengan team DiMar walaupun kurang sihat dan sibuk . Tak lupa juga Tuan Haji Shaiful Hj Shukri sudi share tips closing secara offline secara mengejut.

Terima kasih Mohd Asyraf sudi kerjasama dan layan kerenah team DiMar demi menjayakan video dan photo yang cun.
Last tapi paling penting.
Terima kasih Syam Syam tulang belakang DiMar yang support sentiasa aktiviti team DiMar.
eh eh of kos tak lupa pada semua yang hadir harini..Tanpa korang semua, Tak da sapa la nak dengar bebelan kami😂😂.

Love you all so much!

Terima kasih sudi redah highway jem , tinggalkan kenduri kendara, berjauhan kejap dengan anak suami, serta korbankan masa rehat korang demi ke #BigGatheringDiMar.


Doakan semoga Team DiMar semakin ramai dan berkembang dengan kasih sayang serta keredhaan Allah.



Story Ke Bandung 4hari 3malam


Planning ke bandung ni dah beberapa bulan awal.Bukan niat nak shoping tapi nak sambut anniversary & birthday kat sana tahun 2016 ni.

So bulan 8 ,saya dah start survey tiket flight.
Awal bulan 9 dah beli tiket flight dan booking hotel sebab saya bukan orang jenis last minit dan kalau book awal kan murah.



ni flight penang ke kl, 
ada ja flight penang- kl-bandung 
tapi bila kira balik macam mahal berbadning ambik asing asing.

So ni ambik asing asing dan nak dekat tarikh fly,
air asia hantar email yang jadual flight ke bandung reschedule, 
nak ke bandong jadi awal dan nak balik kl jadi lambat,
so kacau la tiket yang dari penang ni.
saya dah chat online di air asia di link yang diberi tapi tiada sebarang call pun dapat,katanya akan call.

Syukur esok tu, saya ke central square sp ni, ada kaunter air asia, saya tanya la dia dan minta tolong dia,2 hari lepas tu dapat email setle, lega la..kalau tak burn gitu ja tiket .

ni attach gambar supaya korang senang nak budget , harga yang uolls tengok kat website nak book tarikh yang pergi tu murah dari saya atau mahal dari saya.

untuk dari kl ke bandung dan bandung ke kl ni,saya kira murah la ni..
sebab ada blog tu saya tengok dia attach tiket 2 orang 1 ribu gak.. so saya proceed jer la..

memang saya ambik ja luggage
sebab pergi tu lugage kecik masukkan dalam luggage besar 
balik tu yang kecik bawak naik cabin, yang besar tu check in.

Masa balik tu berat beg 20.6 kg tapi dorang tak caj 600gram tu, lega iolss.

so kena cek bebetul untuk save budget .
&better beli awal sebabnya nanti tak de la rasa banyak duit keluar sekaligus.
Untuk trip ke bandung ni kami pi berdua ja.Semuanya saya handle, syam bawak diri ja. Segala info, saya google ja.

Senang ja zaman sekarang kan.So, nak berterima kasih kat semua yang share cerita dan tips di blog.Sangat bermanfaat tau, so ni nak kongsikan jugak based on pengalaman saya sebab setiap orang pasti ada pengalaman berbeza walaupun lokasi sama kan.

Kami decide untuk pi 4hari 3malam ja,
dan hari pertama tu memang habis masa dekat flight ja.Tak berani nak ambik flight dari KL ke BDO awal pagi, takut tak sempat dari flight penang.

hotel ni ambik dari suggestion blog jugak, 2 bintang ja, 
booking terus dari agoda .
hotel ni macam standart motel ja 
boleh la nak buat tido ja,
cumanya tak berapa suggest la kat korang yang nak pergi n nak bilik selesa sangat.

saya sendiri pun tak berapa sangat puas hati ,
mungkin orang yang suggest dekat blog tu dah lama kot pergi,
saya pi ni 2016. nanti korang nak pergi next next ni cek la sama tahun blog tu review ya.

kalau dah lama,maybe la ada perubahan dari segi hotel baru n hotel lama
dan harga flight ikut ekonomi jugak la kan.


Untuk supir, saya ambik dari google.Pak Salim.Dulu mungkin pak salim ni sendiri kot bawak orang.Sekarang dah jadi bos.Yang datang ambik kami hari sampai & jadi pak supir sepanjang kami kat bandung pak ari. Staf pak salim.Katanya dah setahun lebih kerja dengan pak salim.

pm ja facebook pak salim ni, 
haritu pun book kat facebook ja,
klik bawah ni 


Pak ari ni tak banyak cakap.Sopan ja orang dia..Lupa plak nak tanya, dah kawen ke belum.Sepanjang 4hari dalam jem, say perati ja gelagat dia.Jem pun still mampu senyum .Huh kalau saya ni? 5 min
pok pek dah.

Hari sampai tu, dia sambut siap peganv kertas nama Marziana Shukri lagi.. kau ada? hahaha .
total supir 4hari rm450(1,500,000 rupiah)
Hari pertama tu dia caj murah sebab dari airport ke hotel ja .

Hari sampai tu,  hujan dan suruh dia hantar hotel ja. Nak mandi rehat lagipun dah malam.
ok, untuk supir ni dorang dah biasa bawak trip ni, tapi sebab saya tak nak follow sangat trip dorang, saya dah bagitau siap2,saya decide sendiri tempat mana nak pergi ..dorang cuma bawakan ja.

Masa tu manalah tau bandung tu jem dia ,jarak 15 minit boleh jadi 45min ke sejam! Adoi..spoil betul sebab rasa banyak masa habis dalam jem dan kami pi tu ingat kat malaysia ja musim hujan, sana pun sama!

Walaupun jadual saya tentukan sendiri nak pi mana,tapi saya bagitaulah supaya haritu dia boleh arrange mana satu dulu patut pergi haritu.

Lokasi lokasi ni pun,saya cari dari google la.mana lagi!
Kenapa saya set sendiri lokasi ?
sebab bila tengok kebanyakkan jadual, dorang akan bawak banyak tempat shopping.
kan saya dah kata saya bukan nak shopping sangat . So tak nak buang masa dengan tempat yang tak nak pergi pun.

ok, ni jadual saya ya 
hari pertama 
sampai ja, terus ke hotel ,mandi tido

hari kedua
8 pagi breakfast di hotel, sedap nasi goreng dia
8.30-  gerak ke kawah putih , 
ambik masa 2jam setengah dari hotel
sebelum ke kawah putih, pak supir bawak kami ke Rumah Kain
Saya ada bagitau dah dia nak ke rumah kain ni, so dia la decide mana dulu patut pergi .rumah kain dulu ke kawah putih ke..

Tujuan ke rumah kain ni sebab baca di blog harga kain pasang dia lagi murah dari pasar baru trade center yang famous sangat orang pergi. Sebabnya rumah kain ni ada kilang sendiri. Dia dekat kawasan perumahan ja, dan kat situ saya shopping kain pasang siap2 untum family saya dan family syam . Borong sama warna untuk tema baju raya 2017,Bapak punya awal cari, senang nanti tak da lah berebut nak warna tu la, ni la.. hahaha

Kat situ kami shopping kain pelekat untuk abah, abg ipar bagai. Nak belikan tshirt nanti pening dengan saiz macam macam, better bagi kain pelekat ja ,senang cerita.

Kiranya awal awal kami dah shopping untuk family dulu sebelum diri sendiri,Bukan apa, senang supaya nanti takdelah tetiba terlupa kan atau tak cukup plak duit.

Kat rumah kain, kami habis 2,430,000
kami ambik 16 kain pasang dan 10 kain pelekat,
Kain pasang saya ambik yang material lembut skit tu, apa nama tak tau sebab tak pandai sangat bab kain ni, bukan yang cotton. sepasang 130k,dalam rm45 gitu



Ok tips kat sini nak kongsi,
sebelum gerak ke bandung, korang kena asingkan siap2 duit supir , duit hotel kalau tak bayar lagi, dan duit untuk gift serta duit untuk korang sendiri

lagi satu, 
kalau nak buat gift tu, make sure tulis siap2 listing berapa orang supaya tak terlupa 


Masa kat kawah putih tu sempat snap snap gambar, lepas tu hujan...
kami makan siap2 sementara tunggu hujan renyai, dan solat jamak sesiap kat surau sana.

Tiket kawah putih 2 orang 130 000 sahaja 
makan kat gerai dekat situ ja, 45 000 ja

toilet bayaran 2 000sorang

lepas tu kami ke kebun strawberry,
saya ingat tempat dia cun macam kebun strawberry dekat dengan tangkuban perahu, rupanya ni betul betul kebun ja.Memang singgah sat ja, ambik feel petik sendiri strawberry sebab masa honeymoon di cameron dulu tak dapat merasa nak petik sendiri. Dengan lecahnya lepas hujan, memang sekejap ja la kat situ.

Tiket masuk 10 000 sorang 
harga strawberry yang dikutib 40 000 untuk setengah kilo.

Lepas tu, kami bagitau supir nak ke rumah mode,
rumah mode tak jauh pun dengan hotel kami.

Ibaratnya rumah mode ni macam JPO , tapi ni kecik lagi dan masa sampai tu bateri kong terus,snap guna hp syam ja,Barang kat sini branded punya, niat nak suruh syam shopping jeans n tshirt dia kat sini tapi design design kat situ tak berkenan di hati katanya. 

Saya ofkos la tak shopping, mana ada jubah situ hahaha.
so kami beli beg ja, sebabnya esok tu kami nak ke pasar baru,
Tak digalakkan guna handbeg sebab sana banyak pencopek (penyeluk saku) even pakai beg pun kena galas kot depan untuk selamat. Beli kat tempat mahal, merasa la kau, satu beg 299 990 bersamaan 99hinggit!

lepas tu nak ajak pak supir bawak kami dinner di stone cafe,
yerla 10hb 11 kan, nak sambut anniversary.
sekali pak supir kata 2 jam nak ke sana sebab jem. 

so sambut dekat rumah mode jer la
dinner situ ,punyala order 
diner habis 226 400

lepas dinner syam beli ice cream gelato
40 500


lepas tu balik hotel dan mandi seterusnya lena sebab cakap kat supir esok tu nak ke tangkuban perahu plak.
---

Sebelum tidur, saya google dulu harga tiket tangkuban perahu dan kira balik duit sebab nak shopping di pasar baru ni, Satgi terlebih shopping plak kan.

takut tiket masuk tak cukup plak satgi,
sekali kami google, tiket tangkuban perahu untuk kita warganegara malaysia 200k sorang! rm60 kot!
bapak mahal... Dua orang rm120, tengok gambar biasa ja... kawah putih kami pi tadi lagi cun dan murah plak tu .

esoknya, kami bagitau pak supir,
cancel ke tangkuban perahu, sebab mahal lepas tu kat sana ramai orang akan ikut kita n paksa membeli.Saya ni plak orang yang jenis cepat rimas dengan orang suka ikut dan paksa suruh beli ni, satgi menjerit jugak kat sana satgi hahahaha

so kami mulakan hari ketiga dengan shopping di pasar baru !
yeayyy.

Syam tanya pak supir kenapa tiket tangkuban perahu mahal sangat dari kawah putih,rupanya dulu tangkuban perahu murah ja, dulu milik kerajaan lepas tu dorang jual dan jadi hak milik persendirian

Sejak tu la harga tiket jadi mahal.
ooooo, gunung pun boleh jual beli no, buat duit betul la, mujur dah pi kawah putih dan puas hati view situ, tak delah rasa rugi sangat ..

ok berbalik ke pasar baru, 
sangat besaar tau ..
so pak supir tawarkan khidmat dari tour pak salim untuk ada orang tunjukkan kedai yang murah serta mudah untuk kami tak sesat dalam tu..

Kami ambik ja ,lagipun katanya tak payah bayar, cuma kalau kami nak bagi tip tu terpulang sebab kat indonesia memang mengamalkan bagi tip. Sejam ja kami kat pasar baru, setle, cepat gila kan shopping? nampak sangat bukan kaki shopping.

Saya beli jubah hitam 2 helai, 400k /2 helai, 1 helai 200k bersamaan 60hinggit ja, jubah macam dekat arab ..tetiba feeling pi umrah dulu..

Lepas tu kami beli tshirt untuk anak menakan belah syam yang ramai, dan belah saya 2 orang.
kemudian pak supir bawak kami tengok jeans yang ada satu kedai agak brand la, brand hugo ,, syam try dan selesa katanya sebab jeans jenis getah . Dia beli 2 helai, Yang penting, dia selesa dan nanti pakai. kalau beli mahal mahal tapi tak selesa dan tak pakai, memang nak suruh saya bising la tu.

jeans dia 580 k untuk 2 helai dalam rm190 camtu..

lepas tu kami terus ke floating market, 
tak nak lama lama dalam tu ,rambang mata jugak tengok jubah cun cun.

lagi satu sana musim hujan bila petang, 
tu yang cepat cepat tu..

Sampai ja floating market,
Allahuakhbar, best sungguh suasana dia.
cantik sangat 
tenang pun ada

sakan kami snap merata,
syukur sempat snap, lepas tu solat siap2 dan ke bahagian orang jual makanan, 
Gaya baru nak makan, tetiba hujan lebat...
hujan yang amat sampai banjir la jugak,
gelisah jugak ni nak ke kereta jauh jugak ni, tunggu lah kami sampai hujan renyai baru berlari ke kereta.

tiket floating market kami 2 orang sekali parking kereta 50 000
dapat tiket untuk tukar dengan air.
pembelian kat dalam tu kena guna coin, 
jangan risau dekat gerai2 makanan ada kaunter tukar coin

makanan dia superb sedap
ingat lagi makan pisang goreng panas panas perghhh
mengidam lama kot nak makan pisang goreng tu.



sebab hujan lepas tu, 
kami terus ke toko tiga
nak usha seluar jeans lagi dekat syam 

misi nak habiskan duit la kononya
tapi masa sampai sana syam kata harga dia boleh tahan jugak, lebih kurang macam dekat sini ja.

syam rembat tshirt ja 3 helai,
tu pun dekat rm100 duit kita jugak la, tak ingat dah berapa.. tapi hampir 300k 

kami terus ja balik lepas tu
mandi terus, takut demam plak satgi sebab kena hujan...
malam tu order makan dekat hotel ja , malas nak keluar
nak packing barang dan rehat puas puas sebabnya esok tu kami kena berjaga malam di klia untuk tunggu flight balik penang pagi 13hb

hari keempat
Kami checkout pukul 12 sebab nak rehat puas puas kononya 
lepas tu plan nak lunch ke restoran kampung daun, 
semalam bagitau dah pak supir, dia kata dan ja 
sekali masa jumpa tu dia kata tak dan sebab jem teruk,

Hari sabtu , orang jakarta datang bercuti di bandung.
dia pun nak ke hotel kami 2 jam setengah baru sampai, dia takut kami kejan plak satgi nak ke airport.
so dia bawak kami lunch di stone cafe.

ni dia menu2 kami sila klik ruang komen,
malas dah nak menaip ni ha Posting di facebook

lepas tu kami shopping sikit di kartika sari sebelum terus ke airport 
ok, jom layan gambar gambar dulu 


ni gambar nak balik dah..

nasi goreng hotel..sedap yang amat

ni kat kawah putih.kena pakai mask tau,memang kuat sulphur dia, sampai semput macam kena asma masa naik tangga. 

nak snap masa tak pakai mask jenuh tahan napas
view dia cantik lagi dari tangkuba rasanya..lagi satu sini tak da orang nak ikut ikut
yang bisnes tu make sure bawak produk snap..cun sangat view
dari kaunter nak ke kawah putih kena naik mobil ni..dia tunggu penuh baru dia gerak, sempit la dan memang ganaih gak la boleh naik bukit yang berlopak n sempit ni.

ni kebun strawberry yang sadis n lecah tu
todia bapak petih buah ya pak
eh buh seketoi gambar produk hehehe

tudia, kain pasang saja dah penuh beg coklat tu.. 16 pasang katakan
belah syam saja 7 pasang, saya 5, lepastu mak beli 4 pasang untuk mak angkat n mak.sedara belah syam..

kita bercuti ni tak syok jugak bila balik tak da apa nak bagi kat sedara, bukan nak menunjuk ke apa..tapi tu pun tanda kita ingat kat dorang walaupun bercuti.
ni.floating market
tempat paling best yang saya n syam paling suka pi..tak rasa macam.dekat bandung

bersih
cun
best

agakny sebab baru lagi
nampak tak belakang.tu tulis floating market, tempat kami terkandas..ada boat cross terus ke sana, xdan.merasa naik.sebab hujan lebat
ada jual makanan.untuk angsa..tu kat tangan.tu duk ready nak bagi makan la tu
jatuh cinta dengaan persekitaran dia
ni dia tempat kami terkandas dalam hujan, atas tu tulisan.floating market yang hampa.nampak dekat gambar mar tadi..jauh tu, tadi tu tempat masuk
ni susunan kerusi meja untuk beli dan makan
yeay dapat makan.goreng pisang cheese

setiap sampan tu la gerai2 comel

ni hari ke 4, lunch di the stone, gambar makanan sila.klik link tadi ke fb

ni antara yang beli kat kartika.sari ..kalau tak.tau nak.beli.apaDan, sila google baca apa orang rekeman..tapi paling.wajib beli.biskut kering ni ..sedap dan tak mengecewakan!

ok ni ja la..
korang ada apa.apa nak tanya lagi ke?
kot kot ada soalan yang tak terjawab lagi .. 
boleh komen na..

Reward Grand Lexis, PD

Ceritanya 3 stokis dan 2 leader DiMar berjaya achieve target untuk 6 bulan performance mereka dengan Mince a.k.a Gula Gula Kurus .

Memang dah bagitau awal awal, kalau sepanjang 6 bulan ni dorang achieve jumlah restok in certain unit ni dorang boleh bawak family bercuti di grand lexis.

Ok,
kenapa grand lexis?
Dan kenapa bersama family?

sebabnya dorang sendiri pilih untuk rewards bersama family. Kita kena faham yang team kita ni mjoriti housewife ke kerja ke camna.

Sebabnya kalau housewife dia akan utamakan keluarga dulu.Dan kalau dia buat sesuatu untuk keluarga , dia punya energy tu lain macam tau.

Dan jenis jenis hadiah ni based on undian dalam group FB kami ok,berbalik kepada kenapa grand lexis?

Nak bagi hadiah kat orang,baik yang kita suka kan. Saya sendiri pernah dah celebrate bufday n ulangtahun pertama di grand lexis n puas hati.

Sebabnya bila dah kahwin ni, nak jugak merasa mandi pool. Tapi nak mandi kat public pool macam tambun tu dah tak boleh nak terkinja kinja. Dah tak sopan la plak. Dan tak rasa private la nak mandi dengan tudung bagai.

So istimewa nya grand lexis ni dia ada pool private yang boleh mandi ke berendam tanpa bertudung. Kalau bawa family tu memang budak budak suka.Budak mana tak suka air kan.

so bagi saya, grand lexis ok sebagai rewards.Sekali lagi sebagai rewards ya sebab mahal..semalam sekali breakfast bilik paling murah 670.

Kalau nak rewards booking la awal2 sebab takut penuh and kot kot dapat murah

ok nak bagi tengok gambar sekitar grand lexis

ni view dari 
parking 
ni view sekitar bilik bilik atas laut..
jejalan masa nak pi breakfast
sebab kami berdua ja, bilik kami deluxe ja..Pool tak panjang mana berbanding bilik stokis yang bawak family

ni leader dan stokis yang achieve target
ni ruang bilik executive stoki n leader yang bawa family
katil 2
ruang kitchen dalam bilik
ok ni price bilik saya tadi tu.

ni bilik leader n.stokis yang bawa family.tak sama sebab bilik full.
ini.pun.3book thru agoda n 3 book dari website hotel 

Rezeki dorang ,masa check in bilik ni diupgrade secara percuma Ke bilik executive yang dalam gambar tadi
ni pool bilik executive tu.Kalau nka book, masuk dulu website grand lexis and perati dulu gambar n layout bilik. Kot satgi duk expect dapat pool panjang ni tapi dapat yang pendek tadi.

sapa pandai berenang, of cos suka yang panjang ni.Sebab saya tak pandai berenang.So yang kecik tadi.pun.dah cukup hehehe..


Malam tu kami makan di char kue teow king.
dalam 15minit ja dari hotel.

lepas balik tu, sampai 12 malam duk bagi hadiah n basuh sikit stokis n leader ni hahaha. Time cuti pun.kena basuh beb.
Nasib hampa la dapat founder camni.
meeting dalam bilik saya ja..
Top Leader, semua rewards dia bolot.sekali rantai tangan emas, cincin emas, 2loket emas.
ni plak top stokis, 
jam tngan nilai rm300 n hadiah grand lexis. Tarikh kami pi ni tarikh lahir kak zana.

penuh table...

bersama tokey kings char kue teow. Tq so much attas layanan yang super  special.
wajah wajah suami yang sporting sebelum bersurai

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in