Harini 20.9.2019
Tarikh untuk Frozen Embrio Transfer.
Kemaren mar dengan syam mai tidoq hotel copthorne. Kena plak time jerebu. Niat tu nak jenjalan pantai sebelum FET harini.
Tapi rezeki
Pagi tadi lepas subuh hujan lebat.
Sampai 9 pagi tadi hujan dah berhenti.
Elok2 habis breakfast, turun pantai sat.
Baru lepas hujan kan, so jerebu kurang la awal2 pagi ni.
Sat ja. Dalam 5-10minit ja.
Beda jalan tepi ayaq dengan ambik gambar ja🤣.
Nah gambar si bam bam laki mar snap🤣.
So harini, doktor pesan sebelum pukul 2 kena ada di TMC dah(Tropicana Medical Centre) kat straitquay tu.
Dalam 11.30 camtu klinik call
Doktor pesan suh pi awai.
Sebelum pukul 1.
So siap2
Sampai la klinik pkul 1.
Syam tinggal mar ja, dia pi masjid nak solat jumaat. Dah pesan dekat dia. Doa antara 2 khutbah tu doakan berjaya dan sedekah tau🤭
Siap wassap mak minta bacakan Yassin.
Sebab teringat zaman sekolah dulu, time exam, mak baca Yassin. Jawab apa ntah, tapi skor jugak🤣 Ajaibnya doa mak kan?
.
Lepastu nurse kat klinik bgtau doktor tak sampai lagi dan harini byk kes. Ramai patient dari indonesia. So nurse tu suruh pi makan dulu.
So turun la mar sorang2 makan dekat paparich bawah TMC.
Makan nasi ayam +sky juice RM18🤣, sorang makan.
Makan cecepat lepas nampak notification zohor dah masuk. Pi surat strait quay ni hujung sana nuuun.
Lepas tu patah balik hujung sini.
Sharp 1.45 depan TMC balik.
Ni luar TMC, laluan dia..
Elok masuk tu, dengar suara dr murizah dah sampai. Ada sorang patient duk buat FET dalam bilik OT(Operation Theatre).
So, mar tgu depan tu, pukul 2 makan ubat sesiap, dan minum bagi pundi penuh. Jangan penuh sangat. Agak2 selesa nak tahan sampai procedure abis.
Then nurse panggil masuk tukar baju dalam 2.15.syam tak sampai lagi, lepas solat, dia pi makan dulu.
So masa salin baju, wassap kawan2 suh doakan. Hp nurse bagi masuk dalam OT. Handbeg, dia simpankan.
Ni gambar yang embriologist unfreeze embrio. Dia masukkan tangan kot lubang tu dan satgi masa procedure, dia mai masukkan.
Sebab bilik full, rehat ja 30 minit dalam bilik OT ni.
Ada sembang dengan doctor, berapa hari implatation. Doctor kata blastocyst mar dah nak pecah sarung tu. So dalam 1-2 hari dia akan melekat kat rahim.
Doctor letak glue jugak bagi dia melekat kat rahim. Kita usaha.
Sebelum masukkan, doktor panggil nama.
Marziana, kita nak masuk dah ni. Selawat na. Dengar doctor baca doa sebelum masukkan.
So rehat 30 minit.
Lepastu nurse mai,
Salin baju. Pi toilet kosongkan pundi tadi.
Bil harini kena RM3887. 20
Ingatkan kena 2800 camtu masa first.
Rupanya masa first ada diskaun 1k
Second ni kena 2k.
Nasib wat keluar duit lebih
So cukup la bayar tadi.
26hb ni, kena bayar utk continue simpan 3embrio yang dibekukan. Setahun 1k😜. Duit duit...
Kalau tak simpan, nanti nak tambah baby lagi, nak start dari awal lagi penat weyh😂.
So simpan ja la.
Doakan ya kawan kawan bagi berjaya kalini❤️

0 comments:
Post a Comment