Total kos 1st IVF & Second IVF

Untuk memudahkan yang bertanya berapa total kos ya?

Sebab mudah nak budget.
Ok, kos ni tak termasuk hotel+petrol+tol ya.

Ni kos rawatan dan ubat sahaja.

Untuk ivf 2018
ambik darah 1st RM250
2nd RM1090
3rd RM1900
4th RM170
 ubat turun period RM14
Atas ni semua kos2 ubat makan+cucuk

OPU RM 8,882.20

Then lepas 2nd period, 
Doc bagi progysterone utk tebal rahim. 
Tak ingat dah kena berapa rm
Then bila dinding tebal, doc set date dan bagi sambung progysterone+crinone. (RM750) 
Nanti mar cek buku. Ada dak tulis kos masa ni. 

Then FRozen Embrio Transfer kena RM 2,835.20

Total kos tak termasuk hotel dan tol dan petrol
Hanya rawatan dan ubat= RM15, 891.40



Untuk 2nd 2019.
Mar start dari ubat ke FET ja sebab dah ada embrio yang tahun lepas.

💰Ubat period +tvs scan+jumpa doc=RM109
💰Gonal F utk 7 hari +tvs+jumpa doc=RM735
💰Tambahan Gonal F utk 4 hari+tvs+jumpa doc=RM595
💰Ubat makan tebal rahim, progysteron+tvs+jumpa doc=RM121
💰Sambung ubat progysteron & crinone utk sampai hari result+tvs+jumpa doc=RM959
💰Procedure masuk embrio =RM3835. 20

Total 2nd Treatment RM 6,354.20😢
(demi u baby😭)
Hotel 2 malam kat penang rm350
Tol, petrol tak kira lagi tu🤭

Total 1st IVF+2nd IVF
  • RM22, 245.60





Frozen Embrio Transfer 2nd

Bismillah..

Harini 20.9.2019
Tarikh untuk Frozen Embrio Transfer.

Kemaren mar dengan syam mai tidoq hotel copthorne. Kena plak time jerebu. Niat tu nak jenjalan pantai sebelum FET harini.

Tapi rezeki
Pagi tadi lepas subuh hujan lebat.
Sampai 9 pagi tadi hujan dah berhenti.
Elok2 habis breakfast, turun pantai sat.
Baru lepas hujan kan, so jerebu kurang la awal2 pagi ni.

Sat ja. Dalam 5-10minit ja.
Beda jalan tepi ayaq dengan ambik gambar ja🤣.
Nah gambar si bam bam laki mar snap🤣. 

So harini, doktor pesan sebelum pukul 2 kena ada di TMC dah(Tropicana Medical Centre) kat straitquay tu.

Dalam 11.30 camtu klinik call
Doktor pesan suh pi awai. 
Sebelum pukul 1.

So siap2
Sampai la klinik pkul 1.
Syam tinggal mar ja, dia pi masjid nak solat jumaat. Dah pesan dekat dia. Doa antara 2 khutbah tu doakan berjaya dan sedekah tau🤭

Siap wassap mak minta bacakan Yassin. 
Sebab teringat zaman sekolah dulu, time exam, mak baca Yassin. Jawab apa ntah, tapi skor jugak🤣 Ajaibnya doa mak kan?

Lepastu nurse kat klinik bgtau doktor tak sampai lagi dan harini byk kes. Ramai patient dari indonesia. So nurse tu suruh pi makan dulu.

So turun la mar sorang2 makan dekat paparich bawah TMC. 
Makan nasi ayam +sky juice RM18🤣, sorang makan.

Makan cecepat lepas nampak notification zohor dah masuk. Pi surat strait quay ni hujung sana nuuun. 

Lepas tu patah balik hujung sini. 
Sharp 1.45 depan TMC balik. 

Ni luar TMC, laluan dia.. 

Elok masuk tu, dengar suara dr murizah dah sampai. Ada sorang patient duk buat FET dalam bilik OT(Operation Theatre). 
So, mar tgu depan tu, pukul 2 makan ubat sesiap, dan minum bagi pundi penuh. Jangan penuh sangat. Agak2 selesa nak tahan sampai procedure abis. 

Then nurse panggil masuk tukar baju dalam 2.15.syam tak sampai lagi, lepas solat, dia pi makan dulu. 

So masa salin baju, wassap kawan2 suh doakan. Hp nurse bagi masuk dalam OT. Handbeg, dia simpankan. 



Ni gambar yang embriologist unfreeze embrio. Dia masukkan tangan kot lubang tu dan satgi masa procedure, dia mai masukkan. 

Sebab bilik full, rehat ja 30 minit dalam bilik OT ni. 

Ada sembang dengan doctor, berapa hari implatation. Doctor kata blastocyst mar dah nak pecah sarung tu. So dalam 1-2 hari dia akan melekat kat rahim. 

Doctor letak glue jugak bagi dia melekat kat rahim. Kita usaha. 

Sebelum masukkan, doktor panggil nama. 
Marziana, kita nak masuk dah ni. Selawat na. Dengar doctor baca doa sebelum masukkan. 

So rehat 30 minit. 
Lepastu nurse mai, 
Salin baju. Pi toilet kosongkan pundi tadi. 

Bil harini kena RM3887. 20
Ingatkan kena 2800 camtu masa first. 
Rupanya masa first ada diskaun 1k
Second ni kena 2k. 

Nasib wat keluar duit lebih
So cukup la bayar tadi. 

26hb ni, kena bayar utk continue simpan 3embrio yang dibekukan. Setahun 1k😜. Duit duit... 

Kalau tak simpan, nanti nak tambah baby lagi, nak start dari awal lagi penat weyh😂. 
So simpan ja la. 

Doakan ya kawan kawan bagi berjaya kalini❤️



Alhamdulillah 20hb tarikhnya

Bila throwback balik.
Memang perancangan manusia ni ada batasnya.

Kita merancang ja, Allah lebih mengetahui. Sebabnya kalau ikut plan masa jumpa doktor bulan 7, kata nak transfer embrio awal bulan 9.

Tapi Allah tak izin.
Dengan miss P lambat
Then bila cucuk GonalF, result tak seperti dijangka dan sambung cucuk pun sama ja.

Bila dah cakap kat doctor, saya penat dah cucuk, doc bagi ubat tablet progynova 2mg makan 2bji 2x sehari.

Alhamdulillah masa scan 14hb kemaren doctor kata rahim tebal cantik. So boleh plan tarikh untuk masukkan embrio.

Terima kasih Allah.
Lega dan excited pulak.
Tak sabar momen tu.

Kali ni doctor bagi ubat progynova jugak. Continue makan sampai result pregnant pun kena makan jugak. Dan doctor tambaj ubat untuk masuk ke miss V.

Total kos ubat dan scan tu RM959.
Esok@lusa InsyaAllah Embriologist akan unfreeze embrio yang beku tu.

Semoga embrio mar berjaya ke blastocyst dan menempel dengan baik dekat rahim nanti❤️

Doakan ya.
Ya Baari Ya Baari Ya Baari



Sekarang ni mar tunggu pihak klinik call untuk bgtau time untuk transfer embrio nanti.

Ada sembang dengan doctor kalau embrio tu tak berjaya ke blastocyst, akan unfreeze yang lain ke?

Doctor kata tak boleh dah sebab rahim dah ready dah tarikh tu. So kalau tak berjaya tak boleh buat. Kena buat lain. 

Then mar tak mau kusutkan kepala fikir jadi ke tak. Mar just feel result pregnant dan mar pregnant. Tu ja😍

So sekarang ni duk ricky hotel mana nak stay 2malam nnati. 

Macam last year. 
Transfer pagi. So mar stay penang semalam awal dan semalam lepas transfer. 

Ok uolss
Nanti mar sambung lagi sharing ok. 
Gatal tangan nak taip. 
Tu taip sini dlu. 
Nanti dekat fb, mar akan share bila dah berjaya❤️

Frozen Embrio Transfer Journey ❤️

supaya tak terlupa lagi,
So kali ni terus share dalam blog

So boleh bagi manfaat orang yang nak tau segala kos dan process 2nd FET(Frozen Embrio Transfer)

Tahun lepas baki lagi 5 embrio,
Dah bersedia nak transfer masuk lagi 2.

Kali ni,
Doc plan untuk stimulate hormon sebelum masukkan embrio.

Masa first time,
Doc just bagi ubat tebalkan dinding rahim.
Tapi tak berjaya.

So kita usaha cara lain kata doctor.
Kita stimulate hormon.

Doctor bagi ubat cucuk GonalF untuk cucuk 7 hari
Sehari 75u.

Tujuan nak bagi ovum kembang 1 ja
Then dinding rahim tebal by hormon.

Ok mesti ramai nak tau harga kan
First RM107 tu harga untuk scan tvs dan ambik ubat untuk period.

Second RM735 untuk
Scan TVS dan ubat cucuk untuk 7 hari.
Doktor bagi satu gonalF dan dalam syringe tu 2.

Seriusly cucuk guna syringe tu lagi sakit.
Rasa macam ubat dia lagi pekat.
Second time cucuk, berdarah keluar😭
2x cucuk, 2x nak menangis.
Jarum yang gonalF ok lagi sebab halus ja.

Walaupun dulu pernah cucuk masa nak Ovum pickup, kali ni ketaq jugak masa nak ccuk sebab dah lama kan. Setahun dah.

Then hari ni 5/9
Scan TVS, ovum belum ada 1 yang saiz matang dan dinding rahim pun belum saiz tebal yang sesuai untuk FET.

So kena tambah dos ubat.
Kali ni kena cucuk 4 hari dengan 87.5u.
Nanti 9/9 kena pi scan balik.

Actually masa awal dulu nak ambik ubat period, ada bgtau doctor, nak FET awal bulan 9.first week.

So doc dah susun time makan ubat.
Tapi kita ni merancang.
Allah Ya Baari lebih mengetahui apa yang terbaik.

Tarikh period lambat, so dah extend tarikh.
Then rahim belum ckup tebal, so extend lagi tarikh.

Mar tak sedih.
Im happy because i know, Allah susun yang terbaik untuk diri.

Macam hjung bulan lepas tetiba admin asistant berhenti. So harini baru staf baru masuk. Kalau kata first week mar Fet then mar kena rest 2 minggu. So sapa nak tolong admin kalau takda asisstant.

Thats why mar kata
Allah susun elok dah.
Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita fokus untuk matlamat kita mengandung dengan sihat dan lahirkan baby dalam keadaan selamat.

How progress tu serah kat Allah
Kita plan ja dan tawakal❤️
Ni kenangan resit




Ni gonalF tu

Ni memang kenangan betul. Sakit gila😭


 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in