Frozen Embrio Transfer 25.2. 2021

Lewat sehari update posting
Kemaren nak update terus malas🤣

So harini rehat kat rumah
Banyak masa terluang
So harini la baru mengupdate
Kena update jugak untuk rujukan masa ke depan dan jugak kenangan anak baca hahaha

Cerita dia appontment kami 12.30, 25hb dekat vistana fertility centre. Sebab ni firstime fet kat sini so nervous tu ada. Tapi mmg kali ni macam2 nervous. Tapi lepas balik relax ja aih😅. 

The best kalini
Doc tanya husband tak masuk ke marziana?

Waaaaah husband boleh masuk tgk sesi fet la... So doc panggil husband masuk dan dia snap gambar blastocyst dekat screen dalam OT.. Tu pun doc kata.. 

"encik boleh snap gambar tu ya"

Masa hari embriologist thow embrio pun dorang snap sent ke wassap. Sebelum ni masa dekat tmc xda pulak dihantar gini. So layanan special la kalini.. Dengan moment husband boleh masuk tgk

Jap nak attach gambar
ni gambar hari thow embrio 23hb..

So doc biar 3 hari tgk progress 2 yang ok untuk dimasukkan.. 

2 yang bulat besar tu dimasukkan.. Yg kecik ni yang gred fair good. Sebab kami minta doc unfreeze tiga2 kan.

Yang atas sekali tu doc kata dah nak keluar dari sarung dah tu.. Maybe petang kemaren dah keluar untuk implantation.. Yang satu lagi dalam tempoh 48jam..

Masa fet ni mmg kena tahan kencing sebab last 2nd fet tahan sgt2 sampai doc kata boleh kencing skit ni.. Satg tak tahan pulak.. So kalini pandai agak dah. 

Boleh bertahan lama la
Klau tak lepas habis procedure gedik2 nak terkencing 

ni gambar pundi kencing penuh dgn rahim bwah tu.. Doc scan untuk make sure dorang release embrio dekat rahim dan tak ke fallopian tube..

So lepastu naik weelchair rehat dekat katil lama jugak dekat sejam ha
Pakcik ni teman.. Awai2 tu nak pegang hp pun xbagi suh baring straight ja.. Alahai.. Lenguh pinggang. 

So doc kata balik sambung progynova 3kali sehari dan ustrogent 3bji 3kali sehari. 

Sejak pkai ustrogen ni.. Pkui 4 pagi mesti terjaga sebab tak selesa dia cair.. 

Tapi asbab terjaga pi toilet cuci tu push diri buat tahajud 2rakaat.Doa moga Allah izinkan kali ni menjadi hingga cukup 9bulan dan dilahirkan dengan selamat dan jadi anak yang soleh@solehah.

So next tunggu 7hb 3 untuk test darah HCG. Alahai nervous nya haaa.. 

Kos kemaren rm2754

Target untuk 10 hari rehat ni
Nak banyakkan baca makna surah dalam alquran dan hafal al mulk. Doakan eh

19.2.2021 tvs check dinding rahim

Ya Allah nervous tu tahap sampai tak boleh tidur semalam sebab pagi tu nak jumpa doc 9.30 am

Bukan first time tapi still nervous lain macam. 

Eh blog ditulis 20hb. 
Buat kenangan. 

Hasil tvs dinding rahim 9mm i think ukuran dia so doc proceed sambung makan progynova tu 3x sehari dan tambah ubat masuk kot vagina. 3x sehari 


Baki embrio ada lagi 3
Doc plan nak masuk 2
So simpan satu
Doc akan start cairkan 3hari awal sebelum embrio transfer.. Kalau embrio tak berkembang elok, procedure tak dapt teruskan

So we all discus untuk cairkan tiga2
2 yang kembang ok masukkan 25hb ni.. 1 lagi sambung simpan.. Doc kata price naik skit la sebab kos cairkan 2 tube dan simpan balik 1 tube tu. 

Its ok atas persetujuan untuk lebih secure. 

Haritu punya kos 

Rm555
Ubat+scan+consult

So ready untuk khamis ni embrio transfer
RabbiYassir Wala Tuasir
Moga dipermudahkan urusan kami kalini untuk dikurniakan zuriat bulan 11 ni❤️



ready for 3rd Frozen Embrio Transfee

Setahun tak buat apa kononya org kata lepas dah beranak senang lekat sendiri.

Hurmm
Org kata ja
Apapun semua rezeki dari Allah. 

Masa berlalu dengan pkp lagi
Lastly january 2021 tekad nak buat yang ke 3 nak masukkan tiga2 embrio terus

Lepas jumpa doktor
Doktor nasihatkan masuk 2 ja sebab history laluan buka awal.. Risau still lemah kalau 3 orang.. Itupun doktor kata sebaiknya 1 lagi selamat. Sebabnya walaupun nanti akan jahit tapi tak menjamin yang laluan takkan terbuka. 

Allahu
Jagalah kandungan aku kalini Ya Allah
Moga kalini lekat dan selamat 9bulan dalam kandungan dengan sihat

So mcm biasa ambik ubat turun period sebab pcos masih berleluasa. Selagi tak makan ubat duk gelong dia tak trun2. 

So harini 8.2.2022 tarikh first day period
Wassap klinik inform
Dorang suruh cari dekat farmasi ja progynova 2mg dan start makan 3x sehari. 

Fight jugak aku dengan klinik sebab hartu doktor kata nak cucuk macam 2nd time. 
Dorang reconfirm balik, doktor kata tak payah cucuk sebab last time ccuk pun dinding uterus tak tebal jugak.. Kena bantuan ubat jugak.. So dorang proceed ubat saja..


Actually aku nervous
Sebab firstime dlu guna cara ni
Tapi tak berjaya lekat😭

Ya Allah
Kalau kali ni tak berjaya
Tinggal 1 lagi ja embrio dan embrio tu bukan gred A

Allah
Dan aku tak tau aku kuat ke tak untuk buat yang ke 4 pulak😭😭😭😭

Tak tau kenapa
Awal2 dah rasa down
Dah rasa macam tak berjaya. 
Ya Allah...

Emo teruk harini fikir sangat
Dengan badan rasa nak demam. 

Dengan sekarang musim covid19
Asyik pkp ni jadi serabut jugak la

Tolong doakan ivf ke 4 ni berjalan lancar
Result pregnant dan baby selamat 9 bulan. 
Tolong eh
Aku tak tau kalini apa perasaan aku masa nak ambik result nanti

Teriyaq teruk ka
Xda tangisan ka
Entah

Cuma aku tak sabar
Tak sabar nak lalui journey berita gembira ni sekali lagi dengan berat badan aku yang berat mata memandang berat lagi laki aku duk tengok😂

66.7kg oi
So target aku lepas beranak la pkiaq kuruih balik

Doakan eh
Malam ni aku start makan progynova 2mg 
Beli dekat georgetown farmasi 2kotak
Rm56



 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in