Short Vacation 2 hari 1 malam di Felda Hot Spring Sungkai

Ceritanya, saya dah lama la jugak tak bercuti berdua duan dengan suami sejak sama sama fokus dalam bisnes ni.Dulu masa dia kerja, kerap jugak kami pi bercuti berdua.

Bila renung renungkan, last week kami boleh la nak lari sat dari dunia bisnes sebab banyak projek tergendala . Tak pa la, kita tengok pada sudut positive,hikmahnya dapat berehat sekejap.

Last bercuti bulan january bila pi penang, itupun dengan staf .Aktiviti dengan staf. Kalau setakat pi kl untuk kerja tu memang tak boleh nak kata bercuti sebab nya memang letih kot dan fikir urusan bisnes ja.

Hakikatnya pi bercuti pun memang duk pikir jugak, tapi under pressure sebab tak fokus pada kerja kan. Bila nak bercuti plak, tak tau nak pi mana pulak dah. Hai macam macam betul .

Lepas tu tetiba Allah bagi terlintas untuk bawa mak dan abah pi bercuti. Sebabnya tahun lepas pernah niat nak bawak mak pi hot spring sungkai dan satu family. Tapi disebabkan kakak sulong duk johor, sorang lagi anak kecik lagi maka tak boleh tunggu dah. Bawa mak dan abah je la.

Masa tu terlintas jugak la, mana tau atas asbab mengembirakan hati mak abah ni, Allah permudahkan urusan kami yang tergendala tu atau ada rezeki yang nak masuk berganda ganda kan?

Sebab kami pun tak suka bercuti time sesak.Kami pergi selasa pagi .Dalam 4 jam kami sampai di sungkai. Check in awal ..pukul 1 sampai, 1.30 dorang bagi kunci villa .
sebelum dapat kunci tu, saya berphoto shoot dengan encik suami di reception tu sampai berpeluh la jugak

Ni ha hasilnya,
tengokla gambar saya yang tak da tangan tu... gitu lah jadinya bila suami yang ambik gambar ye...



Sampai ja, villa.. abah dah excited tengok jacuzzi. Saya dan suami mandi biasa, solat rehat sekejap. Agaknya dah lama tak bercuti kan abah ni.. dan bosan dah dalam kereta tadi. dia dah conquer mandi dekat jacuzzi tu sorang sorang... Cuma katanya air tak berapa panas..




Sebab kami semua dah jamak siap, 4.30 kejut en suami dan pergi rebus telur .Cuaca masa ni mendung macam nak malam dah. Orang tak ramai..so kami ja yang merebus telur dan lehapa di situ sebelum mandi di pool yang public.

Orang memang tak ramai, rasanya villa yang ada orang, kami je ot..yang lain semua hotel biasa..sebab tak nampak orang pun.Dan pool bahagian air sejuk pulak tak open sebab air tak penuh katanya...

so merendam air panas jer la. mandi air panas ni tak sampai 30 minit dah letih dah..sebab kita rehat muscle muscle dan bakar lemak kan.. Tapi memang kerja lapar jer la lepas mandi ni.


Pukul 6 kami dah balik villa, mulanya ingat dah magrib sebab gelap.Rupanya nak hujan malam tu.Memang keletihan la jugak. sambil pakat duduk di ruang tamu, abah masak meggi dan kami order ja makanan suh dorang hantar ke bilik.

Punya malas nak pergi restauran yang jauh tu. memang jauh dari villa, kena naik kereta plak,
Price honestly mahai tapi berbaloi sebab banyak, saya share dengan en suami. Mak share dengan abah.

8.30Malam kami sambung berendam. Rendam jacuzzi air panas private kawasan villa ja, mandi air panas malam malam baru la best... kami abah tak join malam tu,letih dah kot katanya..

gambar suami ja, sebab kami tak bertudung

Malam tu memang tidur nyenyak seba  hujan membasahi bumi kan.
esok pagi ,breakfast disediakan..

lepas ja breakfast,kami terus pergi mandi sekali lagi di kolam air panas yang public, dekat public ni panas dia lagi power dari dekat bilik...

Baru ingat nak tenangkan fikiran pagi pagi layan air panas. elok tak sampai 30 minit, ada 3 biji bas sekolah cina sampai, disebabkan pool air sejuk tak buka, semua pakat masuk kolam air panas ni.

ni masa breakfast

Hilang terus ketenangan, budak budak ni mandi macam tak panas langsung air ni!
Beberapa minit lepas tu, kami balik sampung mandi di villa.Mandi puas puas sebelum check out.

Sebenarnya saya sendiri bawak laptop untuk mengarang ebook baru yang akan dikeluarkan.Anggaran bulan ni, tapi bila kerja banyak ni ha.. idea pun berat ja nak keluar..

Nak dikatakan ,kita hanya merancang..
Laptop tu bukan words yang biasa saya guna,
apa benda ntah,format lain yang saya tak reti na buat design bagi lawa lawa ni. so tak jadi kerja la.. hanya menulis point2 penting dalam buku nota saya.


sebelum balik tu, sempat bawa mak dan abah merasa nasi bamboo
nasi bamboo ni nasi yang dikukus dalam buluh.Makan sekali ayam kampung bunian. nama ja bunian, bukan bunian . serius sedap .


okey itu sahaja entry yang anda =)

owh ya, bagi yang bertanya tiket untuk felda hot spring,
dia ada penginapan hotel dan villa
kami ambik villa sebab ada private jacuzzi.
private jacuzzi 

kalau nak duk hotel tapi nak private jacuzzi ada disediakan jugak, tapi kena jalan skit dan ada bayaran nya.
ni dekat kolam air panas yang public ,makin jauh tu makin panas
 

Tahun lepas masa kami pergi bersama staf,
kami ambik 2 villa.
1 villa 1 bilik untuk 2 orang
1 villa 2 bilik untuk 4 orang.

tahun lepas dorang buat promosi
villa 1 bilik rm250 camtu
villa 2 bilik rm330

baru baru ni kami pergi
villa 2 bilik rm500++booking  melalui agoda.

Biasa lah harga berubah rubah. kena pandai survey dan iku budget masing masing la ya.





"Biar Slow progress sekurang kurangnya ada daripada TIADA progress langsung! "






Selamat pagi!
Tiada kejayaan datang bergolek!

"Biar Slow progress sekurang kurangnya ada daripada TIADA progress langsung! "

Masih ingat cerita kura kura dan arnab?
Ambik cerita itu sebagai penguat semangat jika kita tak selaju orang lain!

Sebenarnya saya start jaga pemakanan bulan MAC, feb & mac berat maintain 65kg. Tapi gambar bulan mac tak jumpa cari baju yang sama, saya ambik gambar yang bulan feb masa beratur nak masuk seminar bisnes cara kami.

Dan the latest baru baru ni ja.
6 kg lost 2 bulan (Mac-April)

Cincin kena bertukar jari
Baju lama banyak boleh pakai dengan selesa dah, Tapi saya pegang matlamat.

Kurus Bukan GREEN LIGHT untuk pakai baju ketat.
Jual produk kurus Bukan Green Light untuk up gambar testimoni sexy mexy nampak shape badan

Doakan ‪#‎Dimar‬ meroket lagi bulan ni grin emoticon
‪#‎GulaGulaKurus‬

" orang tegur tanda dia sayang kita"

" orang tegur tanda dia sayang kita"

Dulu masa zaman sekolah, bila cikgu kata, cikgu marah ni, mak kamu duk marah marah ni tanda sayang tau!

Saya tak faham masa tu,
saya fikir kalau dah sayang, kenapa suka marah?

Cepat sangat saya judge tegur sebagai marah. Jiwa orang muda .
Bila semakin dewasa semakin saya faham, bertambah faham bila dah kahwin dan ada team sendiri dalam bisnes.

Sebab setiap kali saya menegur mereka, saya akan tegas dalam apa yang saya katakan. Biar mereka nak marah saya, nak kata saya marah tapi saya tau perkara tu saya dah lalui dan apa kesan positif pada mereka.

Pernah dulu, saya rasa fadeup dengan seseorang yang dalam team saya sehingga saya dah tak mau tegur apa yang dia buat. Dia jadi dalam diri " lantak kat hang ar, malas nak tegur"
bagi saya, kalau saya buat salah. Dan leader atau suami atau mak saya tak tegur.Itu bahaya! sebab kita akan selesa dalam keadaan yang salah!
Normal pada manusia setiap kali orang tegur, sentap!

tapi sentap tu la yang kita akan ingat dan setiap kali berlaku lagi, kita akan ingat teguran tadi. Betul kan?

So, tak apa ada orang tegur kita.
tu tanda dia take care dengan kita.

Jangan sampai dia tak tegur ja ,ok?
maaf pagi pagi bukan nak berletiaq tapi nak menyedarkan

p/s: hargai mereka yang banyak menegur kita , tanpa teguran mereka mungkin kita tak jadi macam kita sekarang


 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in