soalan famous : Macam Mana nak bagi ejen setia pada kita?


pendapat saya:
Pegang hati dia.. macam mana kita nak tackle kekasih kita ..
kekasih yang kita bagi hadiah, jaga baik baik, layan kerenah dia pun belum tentu dia akan setia pada kita kalau hati dia tak betul betul pada kita kan?
begitu juga ejen.
Kita bagi rewards best.
Kita bagi keuntungan besar.
Apa dia nak, kita bagi..
tapi belum tentu dia akan setia pada kita sebabnya hati dia tak da untuk bisnes kita. Dia bersama kita hanya semata mata keuntungan sahaja.
Paling terbaik nak pikat hati ejen, jaga "hati" yang memegang hati ejen kita tadi. Siapa?
Allah..
Doa doa la semoga Allah dorongkan ejen yang setia pada kita.ejen yang berkualiti.. Tapi lepas duk praktice doa ni jangan plak frust bila tak dapat ejen ramai.
ejen ramai belum tentu kualiti.
tu yang asas.
selain daripada tu saya bagi tips sempena nak raya ni.. Tulis kad raya dengan tangan sendiri ucapan yang memang ikhlas dari hati kepada ejen anda..
Perkara yang simple tapi menyentuh hati mereka. Tak percaya? try buat...

7 cara mudah nak detect ejen yang berkualiti pada pendapat saya...


1- bila ejen tu tak tanya banyak dan dapatkan ilmu produk serta lain lain dengan baca di album yang memang dah disertakan atau website.
Dia akan tanya bila dia dah cari tapi tak jumpa jugak...
2-Dia sanggup keluarkan duit untuk join kelas atau seminar berbayar .
3- Walaupun dia bukanlah top ejen, tapi nampak usaha dia untuk promosikan produk tanpa mudah mengalah.
4- Bila dia ada masalah atau kurang puas hati dengan kita, dia akan pm personally dan sembang elok elok.
5- Dia akan sumbangkan idea kepada kita untuk diguna pakai.
6- Dia tak berkira dengan ejen lain untuk kongsi strategy yang dia apply dan berkesan dan bantu each other.
7- Dia akan berusaha untuk buat sesuatu untuk produk tu, contohnya shoot gambar, atau design kalau dia berbakat, atau upah orang lain tanpa terlalu mengharapkan daripada pihak atasan.
cukup 200 like dan komen,
saya kongsikan next topik berkaitan ejen ...

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in