SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM E-BOOK 

RAHSIA KEJAYAAN DARI DROPSHIP KE STOKIS 
&
 BASIC BISNES DI INSTAGRAM 


RAHSIA KEJAYAAN DARI DROPSHIP KE STOKIS 
Penulis : Puan Marziana Shukri



BASIC BISNES DI INSTAGRAM 
Penulis : Puan Marziana Shukri & Puan Zanariah 


SOALAN 1 : Apakah itu ebook? 

- Ebook adalah singkatan bagi "elektronik book". Ianya adalah sebuah dokumen yang berbentuk digital dan dalam format pdf. Ia akan dihantar kepada anda melalui aplikasi whatsapp atau email. Ia tidak dijual dimana-mana kedai buku. 

SOALAN 2 : Ada hardbook tak? 

- Maaf. Setakat ini belum ada dikeluarkan hardcopy. Ebook lagi mudah dan pantas! Sekali klik ja dah boleh baca. 

SOALAN 3 : Adakah kita perlu online atau perlu ada internet untuk baca ebook ini? 

- Tak perlu online. Hanya perlu internet ketika kali pertama untuk download dan simpan ebook ini. Selepas itu boleh simpan dan baca seperti biasa tanpa perlu internet. 

SOALAN 4 : Perlu ada "specific" bisnes ke? 

- Ebook Rahsia Kejayaan Dari Dropship Ke Stokis : Lebih fokus untuk bisnes yang menggunakan sistem ejen. 
-Ebook Basic Bisnes di Instagram : Sesuai untuk semua jenis perniagaan. 

SOALAN 5 : Ada buat kelas tak? 

-Buat masa sekarang belum ada. Sila follow facebook penulis untuk mengikuti perkembangan/ update untuk masa hadapan.

Link facebook :  marzianabintishukri

SOALAN 6 : Adakah saya akan dapat diskaun untuk dapatkan ebook ni? 

- Harga yang kami tetapkan untuk ebook ini memang dah istimewa dah. 

SOALAN 7 : Ebook ini sangat bagus, boleh tak saya menjual kembali?

- Ya, betul tu. Sangat bagus! Tapi ebook ini tak boleh dijual kembali kerana ia adalah hak milik penulis. 

SOALAN 8 : Kalau saya nak forward kat kawan-kawan boleh ke? 

- Tidak dibenarkan forward ebook ini kepada orang lain. Jika perlu, mintak keizinan penulis terlebih dahulu. Fikirkan status keberkatan ilmu dan rezeki yang anda perolehi dengan mengguna pakai ilmu tanpa keizinan penulis :) 




UNTUK DAPATKAN EBOOK 

SILA WHATSAPP KOD "EBOOK" 
KE
+60135129249








Tips Bagi Reward







Sebelum buat rewards, cer buat survey tanya dalam team. Apa barang yang mereka akan pulun untuk dapat?
Bila dah tau apa jawapan mereka , baru senang nak tentukan berapa kuantiti dalam masa berapa lama untuk dapat rewards tersebut.
Ada orang suka sesangat bercuti
Ada orang suka sesangat emas
Ada orang tak kisah apa pun dia akan pulun.
Sama macam team sales HQ , 3 bulan lepas mereka decide nak cincin. Kita set target, achieve target dapat cincin.
Bulan ni tanya nak apa.
Tak bagi jawapan.Kita letak sendiri lah apa rewardsnya ;)
Nak banyak choice emas dengan harga kasih sayang kena ke Kedai Emas Hajjah Halijah S/B

Latihan Memahami Manusia










"Penat weyh jaga ejen ni..ni tak kena.. tu tak kena..
restok tak teqa mana tapi dia punya complain..."
Ni luahan yang biasa dengar ,
dulu.. masa saya ada ejen, saya ingat saya ja duk alami benda ni.
Bila ramai yang meluahkan isu yang sama,
saya buat kesimpulan sendiri.
Benda ni normal bila melibatkan manusia.
At least kita belajar ragam manusia.
Mungkin kat sini nak ajar kita untuk memahami watak manusia dan macam mana nak handle mereka ni.
Sama jugak sebenarnya bila kita selalu deal dengan pelanggan, pelanggan pun macam macam perangai.Lama lama kita dah lali dengan perangai mereka kan.
Dalam soal ejen ni,
apa yang kita boleh buat adalah sebarang aduan tak dibenarkan luah di group.Mesti by personal sebab ia akan ganggu environment dalam group tersebut.
Kemudian,
jika kita perhatikan ejen yang selalu complain ni tak perform pun sales dia, tak perlu pening sangat fikirkan dia ni..
Baik kita fokus pada yang betul betul buat sales. Kalau mereka yang betul-betul buat sales dan buat complain kita kena alert lah dengan isu tersebut.
Manusia ni kalau dia tengah hot, kita lawan balik satgi masalah lagi besar.Bukan selesai pun. Paling rasa tak tau dah macam mana nak handle ejen bermasalah ni .
Buat solat hajat spesifik untuk ejen tu,
doa jika dia ni betul-betul bagus dalam bisnes kita minta Allah tunjukkan jalan penyelesaian.Jika sebaliknya, minta Allah gerakkan hati dia untuk keluar dari group kita dengan cara yang baik.

soalan famous : Macam Mana nak bagi ejen setia pada kita?


pendapat saya:
Pegang hati dia.. macam mana kita nak tackle kekasih kita ..
kekasih yang kita bagi hadiah, jaga baik baik, layan kerenah dia pun belum tentu dia akan setia pada kita kalau hati dia tak betul betul pada kita kan?
begitu juga ejen.
Kita bagi rewards best.
Kita bagi keuntungan besar.
Apa dia nak, kita bagi..
tapi belum tentu dia akan setia pada kita sebabnya hati dia tak da untuk bisnes kita. Dia bersama kita hanya semata mata keuntungan sahaja.
Paling terbaik nak pikat hati ejen, jaga "hati" yang memegang hati ejen kita tadi. Siapa?
Allah..
Doa doa la semoga Allah dorongkan ejen yang setia pada kita.ejen yang berkualiti.. Tapi lepas duk praktice doa ni jangan plak frust bila tak dapat ejen ramai.
ejen ramai belum tentu kualiti.
tu yang asas.
selain daripada tu saya bagi tips sempena nak raya ni.. Tulis kad raya dengan tangan sendiri ucapan yang memang ikhlas dari hati kepada ejen anda..
Perkara yang simple tapi menyentuh hati mereka. Tak percaya? try buat...

7 cara mudah nak detect ejen yang berkualiti pada pendapat saya...


1- bila ejen tu tak tanya banyak dan dapatkan ilmu produk serta lain lain dengan baca di album yang memang dah disertakan atau website.
Dia akan tanya bila dia dah cari tapi tak jumpa jugak...
2-Dia sanggup keluarkan duit untuk join kelas atau seminar berbayar .
3- Walaupun dia bukanlah top ejen, tapi nampak usaha dia untuk promosikan produk tanpa mudah mengalah.
4- Bila dia ada masalah atau kurang puas hati dengan kita, dia akan pm personally dan sembang elok elok.
5- Dia akan sumbangkan idea kepada kita untuk diguna pakai.
6- Dia tak berkira dengan ejen lain untuk kongsi strategy yang dia apply dan berkesan dan bantu each other.
7- Dia akan berusaha untuk buat sesuatu untuk produk tu, contohnya shoot gambar, atau design kalau dia berbakat, atau upah orang lain tanpa terlalu mengharapkan daripada pihak atasan.
cukup 200 like dan komen,
saya kongsikan next topik berkaitan ejen ...

Rahsia Kejayaan Dari Dropship Ke Stokis



RAHSIA KEJAYAAN

Dari  DROPSHIP ke STOKIS





Beribu kali sudah anda mendengar
" nak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Persoalannya, adakah anda mahu mengecapi kejayaan dengan pelbagai alasan?

Saya pasti anda, adalah orang yang ingin mengecapi kejayaan dengan seribu daya. Disebabkan itulah, anda akan membaca sehingga habis di bawah.

Alhamdulillah, saya telah berjaya menjana jualan 7 angka sepanjang tahun lepas dengan menjual produk orang dan saya akan dedahkan kepada anda bagaimana untuk tiru kejayaan saya ini melalui ebook ini .



Kisah Benar Pengalaman 3 Tahun untuk anda Hadam Dalam Masa 24 jam Sahaja!
Ini Bukan ebook yang disiapkan dalam masa sejam, sebaliknya ia mengambil masa yang panjang untuk hasilkan kandungan yang terbaik untuk anda yang memilikinya.



Ada 3 Edisi Dalam Ebook Ini


Edisi Dropship
Edisi Ejen
Edisi Stokis




Edisi Dropship

✔ Apakah yang dimaksudkan dengan dropship
✔ Kenapa perlu bermula dengan Dropship
✔ Apakah yang dropship perlu lakukan untuk cepat naik ejen
✔ Bagaimana mencari dropship
✔ Tip pemilihan produk
✔ Pengurusan Database
✔ Contoh membina ayat mencari dropship



Edisi Ejen

✔ Kenapa perlu menjadi ejen?
✔ Apakah strategy menjadi top ejen
✔ Kenapa ejen datang dan pergi
✔ Bagaimana untuk mengekalkan momentum kita sebagai ejen
✔ Bagaimana untuk dapatkan ejen berkualiti



Edisi Stokis

✔ Memahami tanggungjawab stokis
✔ kenapa perlu membina branding
✔ Apakah strategy membina legasi yang kualiti
✔ Bagaimana menjadikan ejen setia pada kita
✔ Cara mengendalikan wang.


Berapa Muka Surat Ebook ini?
Kesemuanya  114  muka surat 

Anda tidak akan dikecewakan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan ebook ini,

Money Back Guarentee


anda boleh mendapat 100% wang anda dengan syarat anda meminta refund dalam tempoh 24 jam selepas pembelian




Walaubagaimanapun, jika ia terjadi.. anda adalah orang pertama yang meminta refund kerana tiada orang sebelum ini yang meminta refund.



Tahukah anda, ada 2 jenis orang yang selalu saya jumpa.

Yang pertama:- Sanggup melakukan apa saja bagi memperbaiki kehidupannya.

Yang Kedua :- Hanya duduk diam melihat orang lain dan berfikir kenapa mereka tak berjaya macam orang lain.




Saya pasti anda yang sedang membaca ini adalah kategori yang pertama .

Dan saya berikan anda DISKAUN disebabkan kesungguhan anda untuk baca sehingga ayat ini.


Harga Asal RM150

Selepas diskaun penjimatan  

Hanya tinggal RM90 sahaja!



Anda boleh terus 

lakukan terus transaction 



557380401999

DMS MARKETING


atau 



8600982984

DMS GLOBAL ENTERPRISE





kemudian whatsapp saya bukti serta detail diri anda.

whatsapp resit anda ke 013-512 9249

berserta NAMA dan kod " EBOOK EJEN "



**Jika anda dalam dilema kewangan tetapi mahu sungguh sungguh ilmu ini,
boleh whatssap "Diskaun EXTRA Ebook" ke 013-512 9249 .

Kami bukan mahu mengambil wang anda 
tetapi
 kami benar benar mahu bantu anda menambah wang dalam akaun anda,


Sila pastikan anda terus bertindak hari ini !



" Macam mana saya nak mula berniaga?"

soalan Famous

" Macam mana saya nak mula berniaga?"

Mula saja dengan apa yang ada. Yang penting bukan modal wang tapi modal diri.

Semangat saja tak cukup kalau tiada tindakan.
Idea saja tak gerak kalau tak bertindak.
Nak bertindak macam mana?

Ok,
sekarang apa yang ada?

Handphone tiada wassap bukan reason.
handphone torchlight bukan penghalang nak berniaga. Tapi saya yakin majoriti sekarang semua handphone boleh touchscreen kan.

Saya dulu bermula dengan handphone Nokia torchlight! Customer deal melalui PM dan sms.

Yang penting ada internet, mana nak cari internet kalau broadband pun takda?
Saya dulu ada broadband pun selalu ke kedai mamak guna wifi dan buat kerja kat situ sampai mamak pun nampak ja muka saya terus letak teh tarik!

Sebenarnya kita ni ja suka buat alasan. Alasan terjadi sebab takda push factor.
Tiada apa yang mendesak untuk kita kena buat jugak! Dah rasa selesa apa yang ada.

itu sebenarnya kan?

kalau tak pasti anda takkan tanya macam mana nak mula!

Bila fikir gini kan, bagus jugak manusia ni ada hutang dengan bank, hidup bukan dalam rumah keluarga, sebab apa?

benda2 ni adalah push factor saya dahulu untuk saya kena usaha dengan all out.
Memang nampak buruk ada pinjaman dengan bank, tapi kalau tak disebabkan pinjaman tu kita takkan usaha untuk selesaikannya Tapi tak da la suruh anda buat loan!

Yang penting adalah Cari Push Factor! Cari Big Why!

kemudian, apa saja depan mata, semua nampak boleh tukar untuk jadi duit.

p/s: gambar saya snap testimoni dengan hp nokia torchlight ada di komen pertama wink emoticon

I. am Exclusive Dropship Part 5



Saya nak ucapkan terima kasih pada yang setia follow topik i am exclusive dropship dari part 1- 5 ni.

Apa yang saya kongsikan, saya cuba refresh balik apa yang saya buat dulu. Percayalah, setiap orang yang mungkin di mata anda "senang" sekarang melalui perit yang amat suatu ketika dahulu.

So , jika sekarang anda lalui peritnya nak berniaga di facebook, mungkin itu tanda2 anda akan berjaya nanti๐Ÿ˜‰ dengan syarat, Teruskan usaha!

Ketika saya create facebook yang sekarang ni guna ni, dulu namanya Dms Showcase. kononya tak nak kawan2 nurse saya tau saya berniaga, dan nak asingkan personal dan berniaga, last last semua aktif dalam ni ja yang kini ditukar nama MMarziana Shukri

so apa yang saya buat untuk tambahkan kawan dalam facebook adalah , saya add 10 orang setiap hari.

Saya masuk dalam group yang related , saya add ja 10 orang setiap hari. ye la, kalau friends di facebook ada 1000 ja, dan yang nampak posting kita 10% daripada jumlah friends tu, baru 100 orang. Dan 100 orang yang nampak tu katakanlah 10% yang klik like posting kita, baru 10 orang, yang membeli keberangkalian seorang ja!

so nak potensi pelanggan ramai, kena ramai la kawan. Dan bila dah add friends, setiap hari luangkan masa dengan seorang kawan.

caranya macam mana?

Like posting dia,
Komen posting dia,
pm dan ucapkan terima kasih approve kita dan sembang2 la tanya duk mengenai masing2 TaNPA menjual!

Tapi biasanya nak pm ni awal2 ja saya buat, bila dah dapat pelanggan, saya akan luangkan sehari untuk seorang pelanggan. sebab tu lah majoriti kawan saya masa awal saya bisnes adalah pelanggan saya.

Dari pelanggan -> sahabat.

Ini kita kata bina engagement, dan silaturrahim tanpa niat menjual. Orang sekarang suka pm terus menjual! ๐Ÿ˜“ tu orang unfrienda balik tu!

Berdasarkan pengalaman saya, bila kita dah bina rapor yang bagus dengn pelanggan kita tadi, mudah untuk dia suggest pada kawan2 dia untuk beli dengan kita dan juga mudah untuk dia timbul minat dan nak berniaga dengan kita.

kalau tak percaya apa yang saya katakan, saya tag terus seorang ni yang kini ejen ssc, Kami mula kenal masa zaman saya berniaga sengkuang calit lagi!

cer share NurNurul Shamsulina Ellynalu kenal mar camna๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

sebelum tu, siapa dapat apa yang saya cuba sampaikan ni?๐Ÿ˜Š

kalau faham klik like ๐Ÿ˜˜
‪#‎IamExclusiveDropship‬



‪#‎IAmExclusiveDropship‬ Part 4



Facebook profile ni kita anggap macam kedai kita.

dan wall kita tu ibarat muka depan kedai kita yang kita kena buat nampak menarik supaya orang suka lalu depan kedai kita dan bertuahnya dia akan masuk membeli.
Masuk membeli ni ibarat dia PM kita.

sebab kita nak nampak exclusive, kita bukan sekadar kena jaga gambar profile FB kita, malah status pun di ambil kira.

Saya rasa semua dah sedia tau waktu pagi sesuai posting kata2 motivasi .
waktu hampir lunch ,promosikan produk.
Waktu petang kongsikan sesuatu yang menarik seperti lawak jenaka dan malam boleh promosi dan juga sharing kerana malam trafik paling tinggi orang buka facebook.

isu paling biasa diterima ,
" kami tak tau nak buat ayat"

untuk kata2 motivasi dan lawak jenaka , anda google ja atau boleh copy paste dari page2 yang beratus ribu like @ juta like.

Macam saya sendiri, saya suka page prof muhaya dan dr fadzilah kamsah.

bila saya baca status beliau yang saya rasa "terkesan" dan sesuai untuk saya post di wall, saya akan post.

Letakkan credit atau tag nama fb beliau di bahagian bawah. Walaupun mereka tak pernah isukan kenapa copy atau wajib kena kredit . kita letak juga sebab hormati idea yang diilhamkan. Tapi kalau ada yang memang tak suka kita copy dan credit, dia nak share ja boleh.. kita hormati apa dia nak , ok? ๐Ÿ˜Š

Bab nak promote produk ni , awal2 berniaga adalah normal untuk tak pandai karang ayat. Usah susah hati.

yang penting elakkan tanda seru dan tanda soal berulang kali walaupun kita sangat teruja.

Dalam masa yang sama, setiap kali baca status orang lain promosikan produk yang ramai orang komen dan like cuba perhatikan cara dia posting.

Tak apa, ini adalah proses pembelajaran. Yang penting berani untuk mulakan. Lepas tu belajar la dari guru yang mahir dalam bidang copywriting๐Ÿ˜Š

lama2 kita akan mahir, Insyaallah. Doa pada Allah, ilhamkan idea pada kita dan buka minda kita supaya mudah faham dan boleh praktikkan terus.

semuanya dengan izin Allah. Kalau dah belajar dengan guru sehebat mana pun berkaitan copywriting tapi Allah tak buka minda kita untuk mudah faham, susah tu. Sebab tu bila belajar, kena tau adab berguru .

Memang ilmu yang guru kita beri tu , bukan milik dia, milik Allah . Tapi Kenapa Allah ilham kan pada dia bukan kita? ๐Ÿ˜‰

Hormati guru bukan bermaksud bodek, tapi jaga air muka guru, doakan guru, hargai apa guru beri idea pada bisnes kita, .

Guru manusia biasa yang kadang2 ada buat salah dan silap juga. Kita follow apa yang kita boleh follow. Tak perlu mengutuk guru. Kita bukan nak penghargaan dari guru tapi kita nak keberkatan dari Allah. Bila Allah berkat ilmu yang kita dapat, kita buat sikit ja.Hasil sangat superb.

bayangkan, kisah dropship exclusive ni, Allah ilhamkan saya ketika saya iron baju ja tau๐Ÿ˜…. Allah nak beri ilham ni dekat mana2 pun boleh dan syukur boleh karang sampai part 4 ni pun Allah hadirkan ilham untuk menulis supaya anda yang baca ni dapat manfaatnya.

Hebat kan Allah? ๐Ÿ˜Š
Terima kasih Allah.
Percayalah, anda adalah insan yang Allah pilih untuk baca dan posting ni ๐Ÿ˜‰

jika terkesan dengan part 4 ni
komen bawah
Terima kasih Allah ๐Ÿ˜Š


I Am Exclusive Dropship (Part 3)


Bila kita bermula berniaga online, kita kena setkan ini permulaan branding kita.
Kenapa perlu branding dari awal?

supaya orang ingat kita
supaya orang ingat kita
supaya orang ingat kita

apa jadi bila orang ingat kita?

✔orang akan cari kita bila dia nak beli produk tersebut.
✔Customer yang dah beli akan mudah rekeman kita dekat kawan2 dia .
✔orang akan selalu masuk wall kita.

Kalau kita TAK bermula dari dropship branding diri, bila kita nak bermula?
Time stokis baru nak branding? Lambat dah...

kita kan suka cepat
nak duit pun nak cepat
so kena usaha dari awal la

kalau tengah baca ni tak mula lagi camna?
nak mula dari bila?

S E K A R A N G!

macam mana caranya?
Profile picture, letak lah gambar diri. Allah dah cipta wajah kita cantik, kenapa nak malu2 letak gambar kucing? Kenapa nak letak gambar kereta? Manusia ni suka tengok dengan siapa dia berurusan.

Melainkan kalau pakai niqab, dan memang tak nak letak wajah sendiri, letaklah logo nama. Buat dari awal logo nama sendiri. Saya dulu brandkan " dms showcase" sehingga facebook suruh tukar nama, saya terpaksa brandkan nama marziana shukri pula.

penting sangat ke gambar facebook profile ni?

yup sebab tu first impression orang dekat kita. Bila kita komen di wall orang pun akan nampak muka dulu.
Ada orang yang memang setahun sekali ja tukar gambar profile picture dia . Sampai orang ingat nama dan gambar dia.
gambar profile picture sangat penting!

Satu part ja sentuh pasal gambar profile picture ni.
Kalau nak lagi exclusive, ambik gambar dari studio. Lagi orang rasa ni tak macam dropship ni..
boleh semua?

Bagi yang dah tau dan dah buat. Ni revision la ya. bagi yang belum ni sangat penting ya.
Next saya up pasal status plak ya.

Ramai dropship kata , " saya tak da idea nak up status apa"
"saya tak reti nak karang ayat"
siapa yang sini dia dropship dan nak tanya apa2 berkaitan dropship atau masalah yang dihadapi boleh komen dibawah.

yang dah baca, belanja like satu๐Ÿ˜Š



I am Exclusive & Exellent Dropship (Part 2)


dah baca part 1?
kalau belum, kena baca part 1 dulu.

Saya perasan majoriti kesilapan dropship yang nak untung besar adalah jual banyak2 produk.
Dah jual produk A, lepas tu jual plak Produk B.Nampak plak ni margin produk C tinggi,jual jugak. Esok lusa nampak produk D plak dah. Eh eh ada peluang baik ni, ambik la dropship produk E plak.

Last last pening tak tau nak promote yang mana satu๐Ÿ˜…
ok sebenarnya tak salah nak jual produk lebih pada satu. Maximum saya bagi 3 ja untuk anda yang macam2 rasa best ni.

1 - pilih produk yang margin rendah tapi orang senang beli. Contoh keuntungan rm1 tapi orang sekali beli 5 dan orang tak ralat nak beli.
2- Cari produk yang margin tinggi, walaupun sorang ja customer beli tapi sedap.
3- cari produk yang margin tengah2.

Saya faham dropship ni sebenarnya nak cari duit untuk bayar sewa rumah, untuk bayar kereta, untuk beli barang anak sebab saya pun pernah di situasi yang mana dapat profit dari dropship berapa ratus sebulan pun dah melompat seronok.

Dan saya faham bukan hangpa saja saja nak jual banyak2 produk, hangpa baru nak start meniaga, friends facebook pun baru berapa ratus, hat ada tu pun belum tentu lagi nak support kan.Dan hangpa perlukan duit untuk bulan tu, so hangpa rasa mana ja ada peluang, hangpa grab.Tapi bila berlambak sangat pun, hangpa pun pening satgi.
Dan walaupun 3 produk tadi, hangpa kena menjiwai apa pelanggan nak dengan produk tu.

Cara paling mudah, try dulu sendiri ok๐Ÿ˜Š.Masa saya awal2 jadi dropship, saya hanya jual 3 produk sahaja, Namun saya akan fokus promote pada produk yang mana satu senang dapat jualan.
lagi 2 produk tu backup dalam album photo.Buat asing2 album.

untuk produk mana satu dulu saya nak naik ejen, saya akan pilih produk yang selalu dapat customer, untuk dapatkan margin yang besar.
Biasa kategori produk A ni modal ejen tak tinggi sebab produk murah. Dalam lingkungan RM200-300

so kerja saya adalah rekod setiap kali ada customer beli. Berapa dia bayar, berapa modal bayar dekat suplier, berapa profit saya.
supaya saya alert berapa dah dalam saving saya.Dan saya mudah untuk buat pengiraan Kalau saya nak naik ejen dengan cepat, saya kena dapatkan berapa orang pelanggan supaya profit tu cukup untuk saya upgrade ejen.

faham kan?
Dan saya tak aim rewards diri nak beli apa2 untuk saya.

TAK!

saya fokus untuk kumpul modal naik ejen.Kalau lah saya nak jadi ejen untuk produk A, dan nak tunggu profit produk A lambat sangat, profit produk B secara tak langsung membantu saya untuk cepatkan lagi upgrade ejen.

katakanlah profit produk A RM 1
sekali orang beli dapat RM5
produk B Profit RM50
produk C profit RM15

dan saya nak naik ejen untuk produk A dulu sebab kos ejen rendah iaitu RM100 dan selalu dapat pelanggan serta margin bila jadi ejen jual dekat pelanggan RM5.
maka saya hanya perlu dapatkan pelanggan produk B 2 orang sahaja.
faham kan contoh saya?

Bila matlamat dan cara pun jelas. Kita akan usaha untuk closedkan pelanggan.Kita takkan buat bisnes kita main main.

kalau dari dropship hangpa dah start merekod jualan dan disilpin bab kewangan serta teliti dengan perancangan apa yang hangpa nak jual.
Hangpa akan jadi stokis yang superb nanti sebab percayalah, berapa ramai stokis yang tak rekod pun jualan depa. Ada yang rekod time rajin ja.. lepas tu gaduh, awat la tak jadi jutawan. T_T
‪#‎IAmExclusiveDropship‬


I AM EXCLUSIVE DROPSHIP (Part 1)


kenapa kita nak orang nampak kita TAK macam dropship?

Kita kena faham, apa persepsi orang pada dropship.

✔promote macam2 tu, dia la tu.
✔ setakat layan gitu2 ja.
✔Tak banyak ilmu di dada.

so ,bila kita faham persepsi orang, kita kena TUKAR jadi luar biasa dan nampak exclusive. Biar orang pm tanya kita plak, ada nak ambik ejen tak?
dan kenapa kita kena bagi nampak luar biasa dropship?
Supaya orang lebih yakin untuk berurusan dengan kita.Orang rasa kita ni macam hebat,macam pakar dan bukannya syok sendiri claim diri pakar dan hebat.

Sebelum start dengan lebih detail part 2- part 7
kena faham semuanya bermula dari diri kita sendiri!
Bukan dari orang luar.

Bila diri sendiri dah dibajakan dengan semangat yang kental, matlamat yang jelas dan reason yang kuat.Biar apa orang kata, kita dah tak ambil peduli!
Majoriti dropship selalu down kan diri sendiri dengan

"aku tak da modal, dia boleh la suami kerja gaji tinggi"
"aku tak reti meniaga,dia tak pa la dulu belajar dekat u pasal bisnes"
"aku suri rumah ja, nak buat suka suka ja, "

bila masing-masing dah setkan benda ni dalam diri, memang macam tu la rezeki nak masuk pun! Sebab tak bersedia untuk menerima rezeki yang besar!
Tapi dalam hati nak jadi jutawan, buat kerja halai balai !

so, kalau dah bersedia nak step ke 2,
mulai sekarang, dah baca status ni kan?

setkan dalam minda,
setkan dalam hati,
setkan dalam jiwa,

✔walaupun aku takda modal sekarang, aku akan kumpul modal melalui dropship untuk naik ejen kemudian stokis!
✔walaupun aku BELUM reti berniaga, aku akan skodeng wall orang yang suka share ilmu, setiap hari supaya aku baca dan aku terus buat,kemudian aku dah ada modal lebih,aku akan belajar untuk bisnes aku!
✔walaupun aku suri rumah, tapi gaji aku besar daripada orang bekerja!

Kenapa aku kena upgrade jadi ejen kemudian stokis.
Bukan sebab aku gila pangkat.

1- aku nak keuntungan yang tinggi
2- aku boleh bina legacy aku , ada ejen bawah aku, ada dropship bawah aku.
3-bila aku ada dropship nanti, aku akan share plak apa yang aku dah buat dulu sebab aku yakin "bila aku bantu orang lain berjaya, Allah akan bantu aku "


Persediaan Ejen bila Naik stokis.


Ingat lagi saya nak kongsikan bab ni๐Ÿ‘†๐Ÿป. Pagi pagi jumaat ni , saya nak kongsikan ilmu ni pada sahabat sahabat saya๐Ÿ˜Š
Untuk bagi cepat stok keluar ketika stokis, kita kena bergerak dalam team. Bukan tak boleh jual satu satu dekat customer Tapi bila kita bergerak dalam team lebih mudah dan secara tak langsung kita dah bantu orang lain nak tambah pendapatan jugak kan.

Masa kita ejen, bina seramai mungkin dropship. sebab ejen ni , dalam ramai ramai bukan semua boleh buat sales sangat.
⛔Ada yang sibuk ,
⛔ada yang baru satu posting dah give up
⛔ada yang setakat suka suka kot jadi dropship ni๐Ÿ˜…

So kalau dalam 30 dropship, mungkin ada dalam 5-10 orang sahaja yang boleh buat jualan lebih kurang 10 unit sebulan.
Sebab tu kena ramai dropship ni, tambah2 kalau anda tak tetapkan syarat apa apa untuk jadi dropship , lagi lah ramai dapat dropship tak kualiti.

Dan anda kena alert setiap dropship yang ada, berapa orang yang nampak potensi boleh jadi ejen dah ni.
sebab tu pentingnya ada rekod!
senang nak refer semula.

Dan ingat!

ajar dropship mengenai kewangan supaya mereka dapat kumpul profit jualan tadi untuk dijadikan modal ejen.
bila anda nak naik stokis, dan ada dah dropship yang bersedia untuk naik ejen jugak perkara ni jadi lebih mudah.!

Tapi pastikan diri tak terlalu bergantung pada dropship/ ejen bila dah naik stokis supaya stok tu tak tunggu ejen nak restok sahaja.!
bab ejen / bab stokis sebenrnya panjang dan lebih dalam kalau nak saya kupas satu persatu.


๐Ÿ˜Š
 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in