Persediaan Ejen bila Naik stokis.


Ingat lagi saya nak kongsikan bab ni👆🏻. Pagi pagi jumaat ni , saya nak kongsikan ilmu ni pada sahabat sahabat saya😊
Untuk bagi cepat stok keluar ketika stokis, kita kena bergerak dalam team. Bukan tak boleh jual satu satu dekat customer Tapi bila kita bergerak dalam team lebih mudah dan secara tak langsung kita dah bantu orang lain nak tambah pendapatan jugak kan.

Masa kita ejen, bina seramai mungkin dropship. sebab ejen ni , dalam ramai ramai bukan semua boleh buat sales sangat.
⛔Ada yang sibuk ,
⛔ada yang baru satu posting dah give up
⛔ada yang setakat suka suka kot jadi dropship ni😅

So kalau dalam 30 dropship, mungkin ada dalam 5-10 orang sahaja yang boleh buat jualan lebih kurang 10 unit sebulan.
Sebab tu kena ramai dropship ni, tambah2 kalau anda tak tetapkan syarat apa apa untuk jadi dropship , lagi lah ramai dapat dropship tak kualiti.

Dan anda kena alert setiap dropship yang ada, berapa orang yang nampak potensi boleh jadi ejen dah ni.
sebab tu pentingnya ada rekod!
senang nak refer semula.

Dan ingat!

ajar dropship mengenai kewangan supaya mereka dapat kumpul profit jualan tadi untuk dijadikan modal ejen.
bila anda nak naik stokis, dan ada dah dropship yang bersedia untuk naik ejen jugak perkara ni jadi lebih mudah.!

Tapi pastikan diri tak terlalu bergantung pada dropship/ ejen bila dah naik stokis supaya stok tu tak tunggu ejen nak restok sahaja.!
bab ejen / bab stokis sebenrnya panjang dan lebih dalam kalau nak saya kupas satu persatu.


😊

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in