Bila Suami/Tunang/ kekasih partner bisnes kita.


Saya bukanlah background family berbisnes. Orang yang bertanggungjawab membuatkan saya terjebak dalam berniaga adalah syam.󾌲

Bermula daripada kami couple , dia galakkan saya berniaga dalam kolej dulu dan nak tau apa benda pertama yang disuruh jual masa tu?

KERONSANG!

󾌱

Yang bestnya, saya simpan dalam bilik ja, sampailah membe yang kepochi sikit masuk bilik nampak, dia tolong riuhkan dekat orang lain󾌱󾌱󾌱 kemudian barulah saya berani sikit sikit.

Sales mmg saya tak sentuh masa tu, saya bagi sepenuhnya pada syam, saya hanya bantu ja sebab masa tu syam belum dapat kerja tetap.

Dan dia masukkan sepenuhnya profit tersebut dalam tabung kahwin ☺️☺️☺️

Sekejap ja tempoh jual keronsang tu sebab saya taknak dah, orang pakat panggil "mar keronsang"󾍄

bila dah bertunang, saya bagi idea untuk kerja partime sedangkan saya dah pun kerja sebagai nurse dan syam pun dah kja di TNb. Syam bantah untuk kerja partime dan suggest meniaga.

"sekali lagi No!"

󾌳󾌲󾌳

Mungkin dah memang dijodohkan untuk berbisnes, masa ni la saya terjebak dalam MLM tanpa pengetahuan dia dan bila dah dapat tau last2 dia jadi downline saya󾌪

Bila bisnes mlm sekali, saya banyak tengok contoh upline yang sama2 sekali husband n wife . Syam banyak sokong saya walaupun banyak meeting dia tak hadir󾌱

Namun, langit tak sentiasa cerah. Saya memang tak bergaduh besar dengan syam sepanjang kami tunang, namun akibat Saya masuk MLM dan buat loan tanpa tanya pendapat dan tanpa pengetahuan dia, rupanya ada tersimpan sakit dalam hati dia.

Saya masih ingat di saat dia minta saya stop dulu buat MLM sebab tempoh nak kahwin kami tak lama dah dan sales saya semakin drop. Dan ada satu hari dia plan berjumpa dengan insan yang dia percayai untuk minta bantuan dalam bidang bisnes.

Apa yang saya ingat adalah, dia meluahkan segalanya ketakpuashati pada saya kepada orang dipercayainya dihadapan saya sehingga saya menangis teresak2.

Sejak dari hari tersebut saya sendiri ada tersimpan sakit hati dalam diri.

Tambahan pula, kami ditipu pula dengan insan yang dipercayainya itu dan ia melibatkan duit saya.

Kami sedar ditipu bila kami dah berkahwin. Bila diri masing2 ada something dalam hati yang tak puas hati sejujurnya ia melibatkan rumah tangga.

Belum cukup setahun kami berkahwin, hampir setiap minggu bergaduh dan masing2 malas nak memujuk. Kenapa saya cerita ni?

Saya nak pasangan yang baru kahwin tau, sebelum dan selepas kahwin tak sama! Syaitan akan tetap menghasut kita. Terutama bila dalam hati kita masih ada tak puas hati, rasa sakit hati, salahkan orang , ia lagi senang mengganggu hubungan suami isteri dan semestinya bila jadi macam ni, Ingat rezeki senang nak masuk?

Hari yang betul2 kami berdamai dan lepaskan apa yang tersimpan dalam hati adalah ketika IMKK 2013. Sales saya tak mencanak naik lepas tu, namun saya dapat kebahagiaan dalam hubungan.

Sejak kes MLM dulu, setiap apa produk saya nak jual, saya akan explain dulu pada syam. Bukan sebab dia nak bagi modal ke apa. Tapi saya nak restu. Saya nak dia tahu kenapa saya nak buat tu dan apa impian saya.

Apa yang penting bagi saya dalam dapatkan keredhaan suami untuk berbisnes adalah "comunication" . Setiap hari dia balik kerja, saya akan ceritakan progress bisnes saya, contohnya sales macam mana, banyak ke barang pos, ada masalah ejen ke, dan kadang kala dia akan bagi idea untuk selesaikan masalah saya.

Ketika saya berniaga dari rumah sorang2, saya banyak juga menerima pm isteri2 yang suami tak sokong dia nak buat bisnes dan ada yg suami dia tak tau pun apa dia jual󾌱.

Masa tu saya start banyak bersyukur kerana at least syam tak macam tu, walaupun dalam hati masa tu kan best kalau sama2 buat bisnes sekali.󾌱 Sebab saya banyak tengok contoh2 yang berbisnes suami isteri dan sangat berjaya contohnya felinna & rafie, kak anis& abg junaidi.

Tips saya untuk dapatkan keredhaan suami adalah "bercerita" . Ramai isteri aspek, "ala takkan tak faham kot suami aku ni"

suami plak anggap "isteri aku ni paham kot"

Paham apa bendanya kalau masing2 tak luahkan apa benda yang nak isteri faham?

Sebab kes ni la banyak salah faham akan berlaku.Saya dulu sampai dalam akaun saya ada berapa pun saya update pada suami. Dan saya siap bagitau apa saya nak buat dengan simpanan tu.

masa syam masih bekerja, dia pernah luahkan pada saya, dia nak saya ada di saat dia balik rumah. Isteri2 sekalian, kita memang surirumah yang hebat bila berbisnes dan sangat masyuk. Namun apabila suami kita bekerja, dia bukan nak apa sangat, di nak bila dia balik atau tengah tengok tv, kita duduk satu sofa dengn dia dan teman dia ja.

Time2 yang bagus untuk komunikasi dengan suami dan korek apa yang dia nak adalah ketika mood dia ok atau tenang . Kalau saya biasanya sebelum tidur ketika tengah lali , atau ketika travel dalam kereta, atau ketika bercuti 󾌵

setiap orang mungkin masa berlainan, masa ni lah masa terbaik bagitau apa yang kita nak .Saya selalu juga akan pesan pada suami doakan kejayaan saya dan Impian saya tercapai terutamanya sebelum dia pergi semayang jumaat.

Dan sekarang bila sama2 berbisnes ada perkara yang lebih besar untuk kami selain komunikasi iaitu persefahaman. Namun Alhamdulillah, ilmu ni kami mula belajar sama2 sebelum syam resign dan fokus bisnes sama2.

Ilmu kenali diri ini wajib suami isteri belajar, bukan salah seorang saja. Kalau diri kita , kita tak cukup kenal sukar untuk kita nak memahami pasangan kita terutamanya.

Dalam bisnes suami isteri dua perkara penting bagi saya adalah komunikasi dan persefahaman. Persefahaman takkan dapat tanpa ilmu dan komunikasi.

Jujur, kami tiada terlalu korporat ketika di ofis, sebab saya sama macam apa yang dikongsikan elle dan zada, boleh ke kalau kat opis bergaduh, kemudian balik rumah nak buat baik? sangat susah bagi kami. so kami kena ok di opis, ok di rumah, kalau ada yang tak ok kena setle cepat2, sebab ia akan ganggu tugas kerja dan mood.

Honestly, suami takkan sama seperti kita! Dia adalah pelengkap kita !

Maksudnya kekurangan kita, kelebihan dia, kekurangan dia adalah kelebihan kita. Bayangkan bila ia bergabung dan meletops?

tahun 2014 ketika saya bisnes sorang2 dirumah nak achieve 500k setahun pun rasa tak tau nak perah otak kot mana󾌱󾌱󾌱

Tahun 2015 bila kmi fokus berbisnes sekali, brain storm. Alhamdulillah kami achieve 1.4m!

3 kali ganda berbanding bisnes sorang2.

Pesanan saya daripada kisah saya adalah

1- komunikasi , belajar bercerita dengan suami, dan suami bercerita kepada isteri serta belajar juga kalau boleh cara bercakap yang bberkesan󾌳

Means kalau suami tu garang macam singa, belajar cakap guna ayat NLP, pukau suami utk perkara baik tak pa󾍇

Saya memang tak banyak cakap dengan orang luar, tapi dengan suami saya boleh cakap non stop󾌲󾌲󾌲

2- Persefahaman, Elakkan tanam dalam diri"takkan tak faham2 lagi?" "takkan tak tau kot"

sebab ni lah yang akan jdi pergaduhan nanti .

3- Solat Berjemaah , setiap hari kena ada satu waktu berjemaah, kalau tak setiap hari, setiap minggu, kalau tak setiap minggu, setiap bulan.

Atau bila nak baca quran/ yasin,duduk baca bersama2 suami.

4- Belajar dan fahami character suami. Best ilmu sebegini sebab ia bukan sekadar tarikh lahir sebenarnya, tapi kita boleh tau macam2 termasuklah kenapa suami aku ni jenis tidur macam ni󾍇

5- Dalam bisnes, ada tugas masing2 dan kalau ada salah tegur dengan cara yang baik. Macam mar,memang mar jaga marketing dengan sales & finance.Syam akan jaga operation,admin, dan hr. Tapi apa2 keputusan kami tetap akan berbincang dan bila ada marketing strategy akan presen juga kat dia untuk dia tau.

6- Keberkatan, Apa saja kita buat, kita nak keberkatan daripada Allah. Berusaha buat apa yang Allah nak, dan berusaha tinggalkan apa yang Allah larang. kami akan ingat mengingati dan akan ada komunikasi untuk perbaiki dan tingkatkan kualiti iman kami.

saya harap perkongsian panjang berjela ini mendapat manfaat pada semua 󾌵

Doakan kami semoga bisnes semakin maju 2016 ni dan impian kami dimakbulkan dengan mudah















1 comments:

  1. Saya terdetik dalam hati 2 3 hari ni.
    Betullah kata orang isteri kalau asyik tak puas hati dgn suami macam mana rezeki nak lancar.
    Saya dalam proses nak baiki hati

    ReplyDelete

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in