SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM E-BOOK 

RAHSIA KEJAYAAN DARI DROPSHIP KE STOKIS 
&
 BASIC BISNES DI INSTAGRAM 


RAHSIA KEJAYAAN DARI DROPSHIP KE STOKIS 
Penulis : Puan Marziana Shukri



BASIC BISNES DI INSTAGRAM 
Penulis : Puan Marziana Shukri & Puan Zanariah 


SOALAN 1 : Apakah itu ebook? 

- Ebook adalah singkatan bagi "elektronik book". Ianya adalah sebuah dokumen yang berbentuk digital dan dalam format pdf. Ia akan dihantar kepada anda melalui aplikasi whatsapp atau email. Ia tidak dijual dimana-mana kedai buku. 

SOALAN 2 : Ada hardbook tak? 

- Maaf. Setakat ini belum ada dikeluarkan hardcopy. Ebook lagi mudah dan pantas! Sekali klik ja dah boleh baca. 

SOALAN 3 : Adakah kita perlu online atau perlu ada internet untuk baca ebook ini? 

- Tak perlu online. Hanya perlu internet ketika kali pertama untuk download dan simpan ebook ini. Selepas itu boleh simpan dan baca seperti biasa tanpa perlu internet. 

SOALAN 4 : Perlu ada "specific" bisnes ke? 

- Ebook Rahsia Kejayaan Dari Dropship Ke Stokis : Lebih fokus untuk bisnes yang menggunakan sistem ejen. 
-Ebook Basic Bisnes di Instagram : Sesuai untuk semua jenis perniagaan. 

SOALAN 5 : Ada buat kelas tak? 

-Buat masa sekarang belum ada. Sila follow facebook penulis untuk mengikuti perkembangan/ update untuk masa hadapan.

Link facebook :  marzianabintishukri

SOALAN 6 : Adakah saya akan dapat diskaun untuk dapatkan ebook ni? 

- Harga yang kami tetapkan untuk ebook ini memang dah istimewa dah. 

SOALAN 7 : Ebook ini sangat bagus, boleh tak saya menjual kembali?

- Ya, betul tu. Sangat bagus! Tapi ebook ini tak boleh dijual kembali kerana ia adalah hak milik penulis. 

SOALAN 8 : Kalau saya nak forward kat kawan-kawan boleh ke? 

- Tidak dibenarkan forward ebook ini kepada orang lain. Jika perlu, mintak keizinan penulis terlebih dahulu. Fikirkan status keberkatan ilmu dan rezeki yang anda perolehi dengan mengguna pakai ilmu tanpa keizinan penulis :) 




UNTUK DAPATKAN EBOOK 

SILA WHATSAPP KOD "EBOOK" 
KE
+60135129249








Tahniah Ridzskin!






😍

Tahniah founder Ridzskin, Noor Asmidar Kasim dengan pelancaran lipsmatte terbaru dari Ridzskin!

Ridzskin lipsmatte ada lima warna menarik. 

1. Menton
2. Angelique
3. Turkestanica 
4. Linifolia
5. Fusilier 

Sebab saya jenis suka yang natural, jadi turkestanica adalah pilihan saya ! Sweet ja kan? 

Tahniah sekali lagi untuk RIDZSKIN!


5 Founder Bergabung



Photoshoot untuk majalah stailista bersama empat founder wanita dari negeri jelapang padi, Kedah.

Mereka adalah , 
Mandian Kurus, RedBella. Puan Azrina Shahidan
Lotion Kurus, Sexy Lady. Puan Berry Stoberry Fafa
Jamu Seri Pengantin, Puan Nur Hidayati Hassan
Kosmetik,Cinnamon Beauty, Puan Nia Hazwan

dan saya, Marziana Shukri , Gula-Gula Kurus MINCE :) 

Jangan lupa dapatkan Majalah Stailista edisi November nanti. In sha Allah . 

Rahsia Kejayaan Dari Dropship Ke Stokis



RAHSIA KEJAYAAN

Dari  DROPSHIP ke STOKIS





Beribu kali sudah anda mendengar
" nak seribu daya, tak hendak seribu dalih"

Persoalannya, adakah anda mahu mengecapi kejayaan dengan pelbagai alasan?

Saya pasti anda, adalah orang yang ingin mengecapi kejayaan dengan seribu daya. Disebabkan itulah, anda akan membaca sehingga habis di bawah.

Alhamdulillah, saya telah berjaya menjana jualan 7 angka sepanjang tahun lepas dengan menjual produk orang dan saya akan dedahkan kepada anda bagaimana untuk tiru kejayaan saya ini melalui ebook ini .



Kisah Benar Pengalaman 3 Tahun untuk anda Hadam Dalam Masa 24 jam Sahaja!
Ini Bukan ebook yang disiapkan dalam masa sejam, sebaliknya ia mengambil masa yang panjang untuk hasilkan kandungan yang terbaik untuk anda yang memilikinya.



Ada 3 Edisi Dalam Ebook Ini


Edisi Dropship
Edisi Ejen
Edisi Stokis




Edisi Dropship

✔ Apakah yang dimaksudkan dengan dropship
✔ Kenapa perlu bermula dengan Dropship
✔ Apakah yang dropship perlu lakukan untuk cepat naik ejen
✔ Bagaimana mencari dropship
✔ Tip pemilihan produk
✔ Pengurusan Database
✔ Contoh membina ayat mencari dropship



Edisi Ejen

✔ Kenapa perlu menjadi ejen?
✔ Apakah strategy menjadi top ejen
✔ Kenapa ejen datang dan pergi
✔ Bagaimana untuk mengekalkan momentum kita sebagai ejen
✔ Bagaimana untuk dapatkan ejen berkualiti



Edisi Stokis

✔ Memahami tanggungjawab stokis
✔ kenapa perlu membina branding
✔ Apakah strategy membina legasi yang kualiti
✔ Bagaimana menjadikan ejen setia pada kita
✔ Cara mengendalikan wang.


Berapa Muka Surat Ebook ini?
Kesemuanya  114  muka surat 

Anda tidak akan dikecewakan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan isi kandungan ebook ini,

Money Back Guarentee


anda boleh mendapat 100% wang anda dengan syarat anda meminta refund dalam tempoh 24 jam selepas pembelian




Walaubagaimanapun, jika ia terjadi.. anda adalah orang pertama yang meminta refund kerana tiada orang sebelum ini yang meminta refund.



Tahukah anda, ada 2 jenis orang yang selalu saya jumpa.

Yang pertama:- Sanggup melakukan apa saja bagi memperbaiki kehidupannya.

Yang Kedua :- Hanya duduk diam melihat orang lain dan berfikir kenapa mereka tak berjaya macam orang lain.




Saya pasti anda yang sedang membaca ini adalah kategori yang pertama .

Dan saya berikan anda DISKAUN disebabkan kesungguhan anda untuk baca sehingga ayat ini.


Harga Asal RM150

Selepas diskaun penjimatan  

Hanya tinggal RM90 sahaja!



Anda boleh terus 

lakukan terus transaction 



557380401999

DMS MARKETING


atau 



8600982984

DMS GLOBAL ENTERPRISE





kemudian whatsapp saya bukti serta detail diri anda.

whatsapp resit anda ke 013-512 9249

berserta NAMA dan kod " EBOOK EJEN "



**Jika anda dalam dilema kewangan tetapi mahu sungguh sungguh ilmu ini,
boleh whatssap "Diskaun EXTRA Ebook" ke 013-512 9249 .

Kami bukan mahu mengambil wang anda 
tetapi
 kami benar benar mahu bantu anda menambah wang dalam akaun anda,


Sila pastikan anda terus bertindak hari ini !



I. am Exclusive Dropship Part 5



Saya nak ucapkan terima kasih pada yang setia follow topik i am exclusive dropship dari part 1- 5 ni.

Apa yang saya kongsikan, saya cuba refresh balik apa yang saya buat dulu. Percayalah, setiap orang yang mungkin di mata anda "senang" sekarang melalui perit yang amat suatu ketika dahulu.

So , jika sekarang anda lalui peritnya nak berniaga di facebook, mungkin itu tanda2 anda akan berjaya nantiπŸ˜‰ dengan syarat, Teruskan usaha!

Ketika saya create facebook yang sekarang ni guna ni, dulu namanya Dms Showcase. kononya tak nak kawan2 nurse saya tau saya berniaga, dan nak asingkan personal dan berniaga, last last semua aktif dalam ni ja yang kini ditukar nama MMarziana Shukri

so apa yang saya buat untuk tambahkan kawan dalam facebook adalah , saya add 10 orang setiap hari.

Saya masuk dalam group yang related , saya add ja 10 orang setiap hari. ye la, kalau friends di facebook ada 1000 ja, dan yang nampak posting kita 10% daripada jumlah friends tu, baru 100 orang. Dan 100 orang yang nampak tu katakanlah 10% yang klik like posting kita, baru 10 orang, yang membeli keberangkalian seorang ja!

so nak potensi pelanggan ramai, kena ramai la kawan. Dan bila dah add friends, setiap hari luangkan masa dengan seorang kawan.

caranya macam mana?

Like posting dia,
Komen posting dia,
pm dan ucapkan terima kasih approve kita dan sembang2 la tanya duk mengenai masing2 TaNPA menjual!

Tapi biasanya nak pm ni awal2 ja saya buat, bila dah dapat pelanggan, saya akan luangkan sehari untuk seorang pelanggan. sebab tu lah majoriti kawan saya masa awal saya bisnes adalah pelanggan saya.

Dari pelanggan -> sahabat.

Ini kita kata bina engagement, dan silaturrahim tanpa niat menjual. Orang sekarang suka pm terus menjual! πŸ˜“ tu orang unfrienda balik tu!

Berdasarkan pengalaman saya, bila kita dah bina rapor yang bagus dengn pelanggan kita tadi, mudah untuk dia suggest pada kawan2 dia untuk beli dengan kita dan juga mudah untuk dia timbul minat dan nak berniaga dengan kita.

kalau tak percaya apa yang saya katakan, saya tag terus seorang ni yang kini ejen ssc, Kami mula kenal masa zaman saya berniaga sengkuang calit lagi!

cer share NurNurul Shamsulina Ellynalu kenal mar camnaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

sebelum tu, siapa dapat apa yang saya cuba sampaikan ni?😊

kalau faham klik like 😘
‪#‎IamExclusiveDropship‬



‪#‎IAmExclusiveDropship‬ Part 4



Facebook profile ni kita anggap macam kedai kita.

dan wall kita tu ibarat muka depan kedai kita yang kita kena buat nampak menarik supaya orang suka lalu depan kedai kita dan bertuahnya dia akan masuk membeli.
Masuk membeli ni ibarat dia PM kita.

sebab kita nak nampak exclusive, kita bukan sekadar kena jaga gambar profile FB kita, malah status pun di ambil kira.

Saya rasa semua dah sedia tau waktu pagi sesuai posting kata2 motivasi .
waktu hampir lunch ,promosikan produk.
Waktu petang kongsikan sesuatu yang menarik seperti lawak jenaka dan malam boleh promosi dan juga sharing kerana malam trafik paling tinggi orang buka facebook.

isu paling biasa diterima ,
" kami tak tau nak buat ayat"

untuk kata2 motivasi dan lawak jenaka , anda google ja atau boleh copy paste dari page2 yang beratus ribu like @ juta like.

Macam saya sendiri, saya suka page prof muhaya dan dr fadzilah kamsah.

bila saya baca status beliau yang saya rasa "terkesan" dan sesuai untuk saya post di wall, saya akan post.

Letakkan credit atau tag nama fb beliau di bahagian bawah. Walaupun mereka tak pernah isukan kenapa copy atau wajib kena kredit . kita letak juga sebab hormati idea yang diilhamkan. Tapi kalau ada yang memang tak suka kita copy dan credit, dia nak share ja boleh.. kita hormati apa dia nak , ok? 😊

Bab nak promote produk ni , awal2 berniaga adalah normal untuk tak pandai karang ayat. Usah susah hati.

yang penting elakkan tanda seru dan tanda soal berulang kali walaupun kita sangat teruja.

Dalam masa yang sama, setiap kali baca status orang lain promosikan produk yang ramai orang komen dan like cuba perhatikan cara dia posting.

Tak apa, ini adalah proses pembelajaran. Yang penting berani untuk mulakan. Lepas tu belajar la dari guru yang mahir dalam bidang copywriting😊

lama2 kita akan mahir, Insyaallah. Doa pada Allah, ilhamkan idea pada kita dan buka minda kita supaya mudah faham dan boleh praktikkan terus.

semuanya dengan izin Allah. Kalau dah belajar dengan guru sehebat mana pun berkaitan copywriting tapi Allah tak buka minda kita untuk mudah faham, susah tu. Sebab tu bila belajar, kena tau adab berguru .

Memang ilmu yang guru kita beri tu , bukan milik dia, milik Allah . Tapi Kenapa Allah ilham kan pada dia bukan kita? πŸ˜‰

Hormati guru bukan bermaksud bodek, tapi jaga air muka guru, doakan guru, hargai apa guru beri idea pada bisnes kita, .

Guru manusia biasa yang kadang2 ada buat salah dan silap juga. Kita follow apa yang kita boleh follow. Tak perlu mengutuk guru. Kita bukan nak penghargaan dari guru tapi kita nak keberkatan dari Allah. Bila Allah berkat ilmu yang kita dapat, kita buat sikit ja.Hasil sangat superb.

bayangkan, kisah dropship exclusive ni, Allah ilhamkan saya ketika saya iron baju ja tauπŸ˜…. Allah nak beri ilham ni dekat mana2 pun boleh dan syukur boleh karang sampai part 4 ni pun Allah hadirkan ilham untuk menulis supaya anda yang baca ni dapat manfaatnya.

Hebat kan Allah? 😊
Terima kasih Allah.
Percayalah, anda adalah insan yang Allah pilih untuk baca dan posting ni πŸ˜‰

jika terkesan dengan part 4 ni
komen bawah
Terima kasih Allah 😊


I AM EXCLUSIVE DROPSHIP (Part 1)


kenapa kita nak orang nampak kita TAK macam dropship?

Kita kena faham, apa persepsi orang pada dropship.

✔promote macam2 tu, dia la tu.
✔ setakat layan gitu2 ja.
✔Tak banyak ilmu di dada.

so ,bila kita faham persepsi orang, kita kena TUKAR jadi luar biasa dan nampak exclusive. Biar orang pm tanya kita plak, ada nak ambik ejen tak?
dan kenapa kita kena bagi nampak luar biasa dropship?
Supaya orang lebih yakin untuk berurusan dengan kita.Orang rasa kita ni macam hebat,macam pakar dan bukannya syok sendiri claim diri pakar dan hebat.

Sebelum start dengan lebih detail part 2- part 7
kena faham semuanya bermula dari diri kita sendiri!
Bukan dari orang luar.

Bila diri sendiri dah dibajakan dengan semangat yang kental, matlamat yang jelas dan reason yang kuat.Biar apa orang kata, kita dah tak ambil peduli!
Majoriti dropship selalu down kan diri sendiri dengan

"aku tak da modal, dia boleh la suami kerja gaji tinggi"
"aku tak reti meniaga,dia tak pa la dulu belajar dekat u pasal bisnes"
"aku suri rumah ja, nak buat suka suka ja, "

bila masing-masing dah setkan benda ni dalam diri, memang macam tu la rezeki nak masuk pun! Sebab tak bersedia untuk menerima rezeki yang besar!
Tapi dalam hati nak jadi jutawan, buat kerja halai balai !

so, kalau dah bersedia nak step ke 2,
mulai sekarang, dah baca status ni kan?

setkan dalam minda,
setkan dalam hati,
setkan dalam jiwa,

✔walaupun aku takda modal sekarang, aku akan kumpul modal melalui dropship untuk naik ejen kemudian stokis!
✔walaupun aku BELUM reti berniaga, aku akan skodeng wall orang yang suka share ilmu, setiap hari supaya aku baca dan aku terus buat,kemudian aku dah ada modal lebih,aku akan belajar untuk bisnes aku!
✔walaupun aku suri rumah, tapi gaji aku besar daripada orang bekerja!

Kenapa aku kena upgrade jadi ejen kemudian stokis.
Bukan sebab aku gila pangkat.

1- aku nak keuntungan yang tinggi
2- aku boleh bina legacy aku , ada ejen bawah aku, ada dropship bawah aku.
3-bila aku ada dropship nanti, aku akan share plak apa yang aku dah buat dulu sebab aku yakin "bila aku bantu orang lain berjaya, Allah akan bantu aku "


 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in