last part ivf journey -frozen embrio transfer

Ya Allah, dah setahun ha.
baru perasan tak story ending .
yang baca tertanya tanya.

positive ke?
berapa total kosnya?

maaf sesangat,
terlupa nak up story lepas frozen embrio
dekat fesbuk pun takda story rupanya.

1hb 12 2018 tarikh mar buat frozen embrio transfer
mar checkin aprtment berdekatan tropicana 2 malam.

kos kena kat tropicana masa tu rm2,835.20
tak termasuk sewa apartment 2 malam tdor.

ingat lagi,
masa embrio transfer tu,
doc tunjuk kat scan
mar pun tak nampak clear mana satu.

tapi doc print tunjuk scan tu, sampai sekarang simpan lagi.
2 embrio yang akhirnya tak berjaya survive dalam my rahim.

kalau nak ikut faktor lain, tak tau nak kata.
doctor pun ada cakap masa hari result keluar
embrio tu gred aa dah saya masukkan.

sebenarmya aku tak suka nak ingat balik moment ni.
sebabnya hari result dapat tu
mula mula aku kuat.
tapi lepas sampai rumah, aku suruh syam pi opis.

aku menangis sepuas puasnya dekat rumah.
masa tu aku dah tak tau nak kata apa.
rasa give up pun ada
rasa kenapa Allah uji tahun 2018 aku dengan penuh kesedihan pun ada.
rasa penat pun ada.

seharian aku menangis
aku rasa tu la hari antara hari terteruk dalma hidup aku menangis

lepastu aku stop lama sebelum next FET ,bukan sebab kekangan duit
tapi sebab aku nak kumpul semangat dan cari jawapan dengan setiap ujian yang aku lalui.

finally, 2019
aku decide lepas raya haji aku nak teruskan next fet.

harini 28hb ogos 2019
esok 29 ogos, birthday suami aku, dan appointment doctor.

doakan bulan 9 ni aku berjaya kandungkan dalam next FET,dan ini hadiah untuk suami aku.
sebab aku xda belikan hadiah apa apa pun dekat dia tahun ni.

terima kasih bagi korang yang baca story aku.
bagi yang nak buat ivf dan terbaca story ni
aku doakan hangpa berjaya

semua ni urusan Allah
kita sebagai hamba
berusaha yang terbaik
Semoga Allah pandang usaha kita ni dan makbulkan doa kita untuk kandungkan zuriat dari rahim sendiri.

amin Ya Mujib

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in