Pengalaman bersalinkan my Double A -29w 3day

 Bismillah

Alhamdulillah officially mummy already,cuma tak berasa dan masih macam tak percaya lagi sebab belum sempat sentuh baby.Jumpa pun tak.tapi feeling tu of cos ada tambah bila start new rutin perah susu untuk hantar ke nicu.


so back to story 

26hb 8 appointment klinik O&G-28week

dalam app mmg ada tulis KIV dexa.i thought just cucuk then balik ja.

sekali doc kata u ada gdm so kena admit wad,kita nak monitor gula sebab one of the side effecy dexa boleh naik gula tiba tiba. so dangers to baby..dan doc bagi harapan palsu dekat mar sebab dia kata semalam ja.takda apa u boleh balik,aku dengan senang hatinya ok la semalam ja.siap tanya lagi,tak payah cucuk jarum kan..hahha aku dah macam fobia sebab parut branula masuk wad sebab nadi laju tu pun duk ada lagi..dah la aku ni spesis urat halus dan payah nak cari ..so setiap kali doc nak masuk jarum macam2 selawat dan doa aku baca hahahaha.

tapi masa nak swab test dekat labour room berjurai air mata akuh.tak ready nak kena admit plus aku baru plan balik klinik nak singgah hokkaido beli cheesetart. prosedur hsah mmg setiap kali nak admit kena swab test dlu. 


hg nak tau petang tu cek gula, gula tinggi .

terus kena cucuk branula(jarum kat tangan warna hijau pulak tu) dan on insulin.

nak djadikan cerita kakak yang admit depan katil aku masa tu 7 bulan pregnant dan masuk sebab pecah ketuban dan dia kena cucuk dexa dan masuk magnesium sulphate.masa tu pulak kakak tu jenis peramah dan nurse yang jaga sporting.so macam2 soalan jugak aku tanya yang nurse tu sudi jawab.
antaranya kalau pecah ketuban tak bersalin terus pun boleh eh?
jwapan - doc akan tgok berapa byk air ketuban yg still ada.
then soalan ,magnesium sulphate untuk apa.
jawapan-dexa untuk matangkan paru2,magnesium sulphate untuk otak baby ..
magnesium sulphate ni ubat dia panas dan mmg lagi dhsyat dari dexa.

masa monitor gula aku kena cucuk setiap jam. jari mmg kena ccuk sedia. sampai tgh lena pun nmpak nurse ja terus sua jari dulu. kalau nak balik kena ada paras gula yang cantik sebelum off insulin.bila dah off depa cek jugak gula.so aku keja pedo makan .nasi pun skit ja makan sebab nak balik, gula 5 mcm tu doc off insulin dan alhamdulillah 28hb doc bagi balik.

boleh ja keluar, terus ajak syam cari buah jambu batu kat taman ria sebab hb pun duk low. so nak makan sebelum kena ward in sebab hb pulak hahha. alang2 tu ada makcik jual kueh.terus shopping kueh nak lepas gian duk pedo makan dalam wad. 

tapi xmakan banyak mana pun.
balik tu mmg qadha tidoq sungguh.
mmg mar spesis kalau duk hospotal xleh nak lena mana.mmg kalau 1st day balik tu lena ja keja,
lepas mandi tu pun dah lena,turun bawah pun sambung lena.

29hb pagi
bangun pagi nak pi toilet rasa ada air meleleh celah paha.
adoi! air ketuban leaking ka??
sebab 1st pregnancy pernah leaking so mar ada pengalaman tu macam mana.
terus kejut syam.. bagitau. tapi dia x berterusan. 

sempat lagi la order nasi lemak macd makan habis
sambil duk bincang dengan syam, nak pi hospital ke tak.
kebetulan haritu birthday syam. Mmg akan jadi memory betul la tarikh lahir syam kena admit dan aku nangis terus depan syam haritu.

1st nangis kat kat rumah sebab syam suh pi hsah ja. sebab pakar mmg ada kat hsah.
aku pulak trauma rasa nak masuk wad hsah dah.
aku pujuk dia pi hosp pantai sp.
so lepas dah nangis ,dia pun setuju pi sana. 

sampai ja pantai,
depa tak terima sebab xpernah appointment dengan doc sana dan ada tanda dah (leaking tu dikira tanda nak bersalin).so nak tak nak mmg terpaksa pi hsah. masuk dalam reta,nangis lagi .Kami terus ke labour room, sebab baru ja discaj wad kemaren so kalini depa xbuat swab test dah.terus masuk cek. 

masa ni doc kata bukan leaking sebab dia tak keluar masa doc cek dan suruh mar batuk. tapi doc ambik spesimen buat lab test dan doc cek xda pembukaan. apapun doc suruh admit ward untuk pantau.masa ni la aku nangis buat kali ke 3. sementara tgu dekat labour room tu mmg nangis la .

nasib semalam masa balik dari hosp dah repack balik beg dengan raga. so tadi mai serah diri bawak siap2 beg dan raga.Dengan surprise delivery nak hantar kat syam,letak kat pagar rumah ja sebab lama dekat labour room tu nak boleh masuk ke wad pun.

elok dapat naik wad, 
depa tolak dengan wheelchair.
sampai2 ja kat katil leaking betul la. 
gerak sikit pun rasa air turun . pet sejam dah tukar.
petang tu lepas doc pakar round
depa decide on magnesium sulphate 24jam 
dan mar kena duk kat cubic Bhgian HDA. cubic ni mmg ala2 icu..i means nurse jaga rapat hg. tapi nurse dia baik sungguh.

bila on magnesium sulphate ni,kita kena pakai wayar kencing sebab depa nak monitor air kencing .lepastu tangan kiri kanan kena masuk jarum. satu untuk drip,satu untuk magnesium sulphate.memang nak pegang hp pun tough la. sampai sudu yang makan pun nurse tolong basuhkan..sebab xleh nak bangun..just bangun time mandi ja off sat ubat2 tu. dan doc akan mai ketuk lutut untuk cek klau ubat ni buat toxicity kat badan.

30hb 11mlm cukup 24jam magnesium sulphate.
masa ni leaking dah skit sgt.tapi still pakai pet untuk pantau.
nurse tanya jugak ada mengeras tak,baby gerak ok tak.

malam tu duk pkiaq mengeras tu macam mana then tanya nurse,
sebab tengah2 tdoq tu macam rasa mengeras.
sekali nurse pegang perut ada mengeras dalam 10minit tu sekali.
nurse bagitau doc, doc cek dah buka 3cm jalan .

so depa decide nak buat emergency ceaser tapi depa tak buat malam tu sebab doc kata klau boleh nak buat time siang.senang ada doctor lagipun sebelum ni depa dah try booking incubator tapi full..so malam tu alhamdulillah doc call untuk book 2 incubator,doc peadtric kata boleh usahakan.

malam tu doc bagi ubat tahan sakit.
mmg lena ja keja .tapi dah inform siap2 syam esk kena bersalin.melainkan doc kata klau malam tu aku sakit sangat2 so depa akan proceed jugak malam tu. syam pun kata malam tu dia kat rumah xleh lena sangat. 
31hb ogos
hari merdeka. baru perasan hari merdeka.
sebab duk stay dalam wad, sampai tak ketahuan hari 

duk tunggu turn nama nak kena panggil masuk OT sampai la 10am lebih start rasa sakit contraction makin kuat. nurse shift pagi tu pun kalut sebab ada patient dan staf xckup pulak. lepastu tetiba hartu ada banyak kes emergency.

sebab tak tahan sangat, bgtau jugak nurse sakit kuat ni. 
then doc datang cek, bukaan dah 6cm.terus doc call doc dekat OT sebab cervix boleh koyak klau terbuka lagi sebab mar ada jahitan kat cervix. so terus dorang rushing hantar ke OT dan terus tolak .oh yaaa syam dari pukul 9am dah tunggu dekat lobi hospital.masa nak tolak ke OT terus wassap dia naik tingkat 4 tunggu depan OT.

So masa nak masuk OT tu nampak dia kat tempat tunggu depan OT.memang masa tu mar muka cuak sangat dia kata. ye la dengan sakit dan takut serba banyak.

lepas doc masukkan ubat bius(spinal anaethesia) separuh ja. terus tak rasa apa. perut kena tores pun tak rasa apa.. mulut tak henti2 selawat dan doa dipermudahkan dan baby selamat..duk tunggu nak dengar tangisan baby sebab tak rasa apa,tak tau baby keluar dah ke belum.tetiba rasa mata mengantuk sangat.macam nak lena tapi tetiba pulak tekanan darah mar rendah 74/40 cam tu..doc anaesth dah start masukkan ubat untuk naikkan tekanan darah mar. dan mar duk lawan tak mau lena sebab duk risau kalau pejam mata tak bangun dah.Dan lagi pikiaq camtu.

lepastu dengar baby out cuma tak dengar baby nangis.. duk sat baru dengar cuma slow dan sat ja. dengar kata baby 2 kena intubate .mmg doc tak tjuk langsung  baby dekat mar dan husband.

syam kata doc tolak depa laju lepastu doc suruh dia pi daftar anak nak masuk wad dekat labour room ja.
lepastu dia singgah nicu hantar pampers dengan wet tissue. Masa mar kena tolak masuk wad kenanga 12, mar minta pinjam hp patient kat situ call dia, dia tgh daftar anak masuk nicu masa tu.

lepastu dia masuk dekat mar hantar beg dan brg2 sebab sebelum beranak mar stay wad kenanga 11.so brg2 husband bawakkan.so uri dia ambik dan terus bawak balik rumah mak basuh dan tanam kat sana.

Alhamdulillah baby kembar kami selamat dilahirkan 11.46 am dan 11.47am.twin 1,1kg twin 2 ,1.2kg
Tak berakhir di sini, kisah aku di wad kena stay sampai 4hb 9.
nanti aku sambung wokeyh.




1 comments:

  1. The authors of the report have analyzed each developing and developed regions thought of for the research and analysis of the global Desktop CNC Machines market. The regional analysis part of the report provides an intensive research research on different regional and country-wise Desktop CNC Machines markets to assist gamers plan effective growth strategies. Moreover, it offers extremely correct estimations on the CAGR, market share, and market size of key regions and countries. Players can use this research to discover untapped Desktop CNC Machines markets to extend their attain and create sales opportunities. I do have a cnc plasma table and a cnc router, and other machines, Direct CNC however for whatever purpose, I decided to WAIT to get a laser. See what you can make make|you could make} attainable with Cricut machines, instruments, supplies & accessories.

    ReplyDelete

 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in