" Macam mana saya nak mula berniaga?"

soalan Famous

" Macam mana saya nak mula berniaga?"

Mula saja dengan apa yang ada. Yang penting bukan modal wang tapi modal diri.

Semangat saja tak cukup kalau tiada tindakan.
Idea saja tak gerak kalau tak bertindak.
Nak bertindak macam mana?

Ok,
sekarang apa yang ada?

Handphone tiada wassap bukan reason.
handphone torchlight bukan penghalang nak berniaga. Tapi saya yakin majoriti sekarang semua handphone boleh touchscreen kan.

Saya dulu bermula dengan handphone Nokia torchlight! Customer deal melalui PM dan sms.

Yang penting ada internet, mana nak cari internet kalau broadband pun takda?
Saya dulu ada broadband pun selalu ke kedai mamak guna wifi dan buat kerja kat situ sampai mamak pun nampak ja muka saya terus letak teh tarik!

Sebenarnya kita ni ja suka buat alasan. Alasan terjadi sebab takda push factor.
Tiada apa yang mendesak untuk kita kena buat jugak! Dah rasa selesa apa yang ada.

itu sebenarnya kan?

kalau tak pasti anda takkan tanya macam mana nak mula!

Bila fikir gini kan, bagus jugak manusia ni ada hutang dengan bank, hidup bukan dalam rumah keluarga, sebab apa?

benda2 ni adalah push factor saya dahulu untuk saya kena usaha dengan all out.
Memang nampak buruk ada pinjaman dengan bank, tapi kalau tak disebabkan pinjaman tu kita takkan usaha untuk selesaikannya Tapi tak da la suruh anda buat loan!

Yang penting adalah Cari Push Factor! Cari Big Why!

kemudian, apa saja depan mata, semua nampak boleh tukar untuk jadi duit.

p/s: gambar saya snap testimoni dengan hp nokia torchlight ada di komen pertama wink emoticon

F I N A L E ‪#‎IamEXCLUSIVEdropship‬



cukup 7 part dikongsikan termasuk finale ini.
saya doakan semoga setiap part yang dikongsikan memberi manfaat pada setiap yang membaca.

Dan secara tak langsung memberi semangat untuk peniaga2 baru yang bermula sebagai dropship berazam dan yakin bahawa dia pun boleh berjaya suatu hari nanti.

Dan yang paling penting, praktikkan apa yang dikongsikan part 1-part 7.
Andaikata tak ingat, boleh klik #iamexclusivedropship dan akan keluar semua part.klik save post tersebut untuk rujukan akan datang. saya izinkan untuk berkongsi dengan dropship2 anda ilmu tersebut.

Yang penting follow saya di fb hahahaha tongue emoticon

Lumrah manusia, kita suka bersaing. kita nak menjadi yang terhebat. Pilih untuk bersaing secara sihat. Dalam group kita, kita ajak dropship2 lain bersaing dengan kita tengok sapa yang berjaya upgrade naik ejen dulu.

Selain tu, siapa yang dah berjaya naik ejen , jangan kondem yang masih dropship.keep on bagi semangat !

finale part ni saya nak setiap dropship rancang untuk masa depan.
Bukan bisnes setakat main2.Tak nak sekadar jadi dropship sahaja.

Apa yang perlu dilakukan sekarang untuk kegunaan masa depan?
1- Setkan tarikh last untuk diri sendiri jadi dropship. Sampai tarikh tu,dia kena dah ejen dah. Pasang strategi ikut part 2 yang saya kongsikan.

2- simpan database pelanggan.Sebab masa dropship ni,kita banyak berurusan direct pelanggan. simpan database BUKAN di dalam contact hp sahaja. kena ada hardcopy dan softcopy jugak.

ssediakan satu buku khas untuk pelanggan sahaja,
kalau softcopy simpan dalam excel ja.

bil I nama I no telefon I negeri I produk

produk apa yang dia beli dengan kita supaya bila kita dah upgrade ejen, mudah kita nak fup dia untuk aproach dia jadi dropship produk tersebut.

3- Bina engagement dengan pelanggan dengan cara yang simple seperti bila dia pm kita, kita kata..boleh kita sembang di wassap? lebih senang kan..

tujuan untuk dapatkan database dia.
dan bina engagement walaupun dia tak beli atau tak repeat order dengan ucapkan selamat hari raya, selamat berpuasa, jaga kesihatan di cuaca yang panas ni..

bawah tu pastikan letak nama facebook kita yang kita brandingkan.

kalau guna facebook, bina engagement dengan like serta komen di wall dia.

4- Rekod kewangan kita.
Jaga simpanan kita, simpan dulu perangai nak shopping yang kononya rewards diri tu. rewards diri bila capai target hanya sekali sahaja. tapi jangan sampai rewards sampai habis simpanan untuk masa depan bisnes kita!

dan jangan sampai setiap minggu rewards diri last2 duit nak rolling bisnes takda!

Ramai peniaga lemah sangat2 bab ni. kalau nak bisnes long term,untuk masa depan kena start dari dropship rekod kewangan , dan jaga aliran keluar masuk . nak lebih detail kena banyak membaca dan belajar daripada orang yang ada simpanan banyak. Banyak strategy yang boleh follow. ikut keserasian kita nak pilih strategy mana.

ok semua?
suka dengan finale part ni?


I AM EXCLUSIVE DROPSHIP Part 6



Biasa dah sekarang ni ,dropship mesti diletakkan dalam satu group untuk mudah leader guide atau announce . Tak kira lah group telegram atau group wassap atau group facebook.

Majoriti suka masuk dan dengar ja apa yang disampaikan.
Tak da orang share, maka senyap la dia pun.
Tak pasti sebab kurang keyakinan diri kot .Bermula dari dropship kan.

Sebab tu dari part 1 saya tekankan apapun bermula dari diri sendiri.
sebab part 6 ni apa yang saya nak anda buat untuk jadi exclusive dropship adalah AKTIF dalam group support !

Aktif macam mana yang saya maksudkan
1- bila masuk dalam group ,perkenalkan diri dan mohon tunjuk ajar la kan.

2- kalau group facebook atau telegram yang boleh scroll, geledah dulu cari apa yang dikongsikan.

3- bila dah baca, klik like dan komen supaya admin group alert kita dah baca.

4- Biasa admin group adalah leader kita,kita nak leader kita tau kita memang dah baca dan kita bukan kategori semua benda nak tanya,padahal dah share dah.. ingat! leader cukup suka dropship kategori ni. berdikari !

5- Bila ada cara baru yang kita dapat kenalpasti atau dapat teknik baru closed sales yang kita sendiri dah aplikasikan menjadi, rajinkan diri berkongsi dalam group! jangan kedekut ilmu ! Lagi kita share, lagi Allah murahkan rezeki kita tau! lagi satu leader semakin kenal kita! cuba bayangkan kalau dalam group tu ada berpuluh atau beratus orang, ingat leader nak cam ke sorang2?kita bukan nak raih perhatian untuk bodek ke apa..kita nak dia sedar kewujudan kita dan ketahuilah bila kita ni banyak memberi dalam group, leader akan ingat kita, doakan kejayaan kita, silap haribulan dia akan pm personally untuk bg coaching personally.

6- Bila ada members lain yang post dalam group tanya sesuatu, involve dalam pertanyaan dia.. kalau tak tau, komen la maaf tak tau.. kalau tau, jawablah.. kalau dia kongsi kejayaan dia closed customer ,raikan!
"celebrate small succses! " kalau kejayaan kecik pun tak reti nak raikan, ingat kejayaan besar nak datang?

Apa yang saya kongsikan, apa yang saya pernah buat.
kalau dalam group tu nak mengata kita . Biarkan ja, asalkan kita ni bukan nya jenis duk post apa yang orang tak suka.

tau apa yang orang tak suka?

1- meseg berantai-
2- meseg kondem leader
3- meseg negative

orang tak suka la,dan jangan buat kalau tak nak orang tak suka kita.
Manusia boleh berubah, kita ja degil tak nak berubah.
kalau sebelum ni tak pernah nak buat 1-6 tadi, latih paksa untuk buat,lama lama akan semulajadi nak buat.

sebenarnya ni bukan untuk dropship ja tapi untuk semua.
Tak kira ejen
tak kira stokis.


‪#‎IamExclusiveDropship‬


 
Copyright © marziana shukri | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in